oleh: tydyna KEK CAIR

137774med

digemari kanak-kanak


Created on : 12-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6biji )

  • UNTUK DISAPU PADA ACUAN CAKE/MUFFIN
  • - butter
  • - gula halus
  • BAHAN-BAHAN KEK
  • - 4 sudu makan butter tanpa garam (dipotong kiub pada suhu bilik)
  • - 1/3 cawan gula halus
  • - 3 biji telur gred A
  • - 1/3 cawan tepung naik sendiri
  • - 1/4 sudu kecil garam
  • - 230 gram coklat masakan ( dicairkan)

Cara-cara

  1. Untuk acuan kek/muffin, sapukan butter pada setiap acuan kek/muffin (jangan terlalu tebal). Selepas itu,salutkan acuan tersebut dengan sesudu gula. Lebihan gula hendaklah di keluarkan kembali
  2. Untuk kek pula,pukul butter dan gula sehingga kembang.Apabila sudah kembang,masukkan telur satu per satu.pukul sehingga ianya sebati
  3. Kemudian masukkan tepung dan garam..pukul lagi dan akhir sekali,masukkan coklat masakan yang sudah pun dicairkan terlebih dahulu
  4. Isi adunan kek tadi kedalam acuan kek/muffin. Bakar sehingga bahagian atas kek kelihatan seperti sudah tidak cair ( 8minit ke 10 minit sahaja)
  5. Keluarkan kek dari oven dan biarkan selama 10 minit.
  6. Untuk dihidang,keluarkan kek dari acuan dan dihidang dalam keadaan terbalik seperti gambar di atas. Jika suka,boleh lah tabur sedikit gula aising sebagai hiasan

Tag

kek



Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (12)

12-05-2008, nor_67 komen :

molten cake ke ni?


12-05-2008, nor_67 komen :

haaa.. baru kluar gambar dan resipi..


12-05-2008, che'iza komen :

Nampak menarik tapi confiuslah, tak paham apa yg jd cair....


13-05-2008, tydyna komen :

nor_67...yer nie molten cake..


13-05-2008, tydyna komen :

che'iza..yg cairnye ialah dibahagian tgh..sbb tue dlm cara-cara tue saye kate msak smpai nmpk bahagian ats die seperti tidak cair..tp dlm die cair..bile mkn rs keras bahagian tepi n ditgh2 cair


13-05-2008, masz_73 komen :

x faham ler.. yg cair tu ialah adunan kek tu ker? bukan coklat ker? sowi... confius jap :P


13-05-2008, nor_67 komen :

kalau adunan kek yg cair maknanya kek tu tak masaklah kat dalam dia kan.. lainlah kalau letak cooking choc. kat dalam, yg cairnya tu adalah cooking choc. sory tydyna.. saya pun konpius ni..


13-05-2008, tydyna komen :

pada suhu yg kite bakar tue,adunan tue da memasakkan adunan yg cair tue..kire separa masak la..tp still di kire da masak..jgn risau..yang penting,pastikan oven betul2 panas masa kite nak bakar tue..kompius lg x??


13-05-2008, mrsdayat komen :

rasanye kebanyakan resepi kek cair@molten cake@lava cake ni mmg style cenggini. bhgn tgh tu dah masak cuma xsepenuhnye masak jd kek yg spongy. xyah risau termakan kek mentah..masak dah tu..hehehee


14-05-2008, masz_73 komen :

ye larr kan knor.. kek x masak ler kat tgh tu... camno tu ek?? tydyna, rasa dia ok ker?


14-05-2008, masz_73 komen :

ermm.. kena try test sndri ler nampaknyer ek? :P


14-05-2008, nor_67 komen :

ayuh masz, try jgn tak try.. lepas try, test pulak makan.. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu