oleh: merpati66 Biskut Susu / Milk Cookies

Image_s9

paling mudah , simple dan anak2 pasti sukakanya...


Created on : 27-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )

  • 250grm tepung jagung
  • 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
  • 1 sudu baking powder
  • butter /marjerin untuk uli tepung
  • perwarna -ikut suka

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung + susu cair
  2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
  3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
  4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
  5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..




Laporan Masakan Bergambar (2)

Bsikut_susu_salah
30-05-2008
betul ke kene letak baking powder... ni dah jadi salah.. kembang semacam je..jadi peer biskut den..
Laporan oleh: maryam81
Biskut_susu
30-05-2008
utk tidak membuang adunan tu.. kite terpaksa letak dlm paper paper cup kecik..huhuhu
Laporan oleh: maryam81

Komen (10)

28-10-2006, Ringo komen :

puan merpati66, boleh letakkan sukatan susu pekat dan butter/margerin dalam gm ataupun sudu tak. sebab kat jepun susah nak cari susu pekat tin kecik. kalau ada pun mungkin tak sama saiznya. terimakasih.


30-10-2006, merpati66 komen :

kalau susu pekat manis yang kecik tu selalu kat sini dlm 505gm...tapi jgn abiskan sebab tak nak manis sangat...kurangkan ikut selera lee ya...lepas tu marjerin or butter tu kan...ya allah tak sukat pun sebab jangan masukkan semua...masa uli tu letak sikit2 ...ikut basah...dah rasa sebati jgn tambah marjerin or butter tu...harap boleh membantu ya....maaf lee saya tak leh nak timbang marjerin ikut suka orang yang nak makan biskut tu..kalau nak keras kurangkan butter or marjerin ..kalau nak lembut , doh tu lembik lee sikit...


02-11-2006, rafino komen :

Saya dah 6 kali raya selepas kahwin. tahunni beli oven sebab nak masak biskutni lah.. fav husband.. malu aje sebab nya tiap2 kali raya pegi rumah auntie2 dia mesti dia tanya biskutni.. Semua orang kata senang sangat nak buat kuihni naik malu kita.. memang tak minat nak masak kuih tapi sebab suami tercinta ku gagahkan jg tahunni aku buat kuih susuni.. yeah2 berjaya, memang senang. satu lagi fav dia ialah kek sandwich, so rayani aku dapat ler menghasilkan 2 bendani..


04-11-2006, maya_zakry komen :

kihkih.. cayalaa rafino.. i pun semenjak menjak join sini, barula dpt msk pelik2 sikit... kot tak same pattern je.. heran gak my husband.. baru die tau bini die nih tau masak rupenye,,, har har har...


13-12-2006, minah komen :

Minah dah bertahun-tahun cari resepi ni baru hari ni dapat. Bila tanya kat orang yang buat tu dia kate lupa sebab bahannya banyak. Terima kasih merpati 66. Raya Haji ni minah buat - sebab tepung jagong minah ada 3/4 tin lagi. Tq.


07-01-2007, Safiza komen :

memang sedap biskut ni,mudah dan senang di buat.tapi jangan guna acuan samprit,kerana tepung ni cepat keras,nanti kena tambah mentega lagi.buat bulat cam pun kira ok le.


03-08-2007, mag komen :

macam biskut makmur je...


14-09-2007, LizaBBP komen :

dalam resepi guna susu pekat manis tapi dalam cara2 membuat kenapa gaul tepung & susu cair


11-12-2007, ikin scha komen :

act susu pekat ke cair..atas type pekat bawah jadi cair plak..plss


14-01-2008, jinglia komen :

Hello merpati66, nampak macam sedap aje biscut tu, tapi boleh beritahu berapa banyak butter yg kita perlu untuk dohnya pula?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu