oleh: azwalissa Sepahat Goreng Berlada

Pic_112_

sejenis makanan laut yang esotik..


Created on : 09-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 200g sepahat )

  • 200g Sepahat (sejenis siput berbentuk buluh)
  • 3 sudu cili boh
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 2 batang serai
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Bawang besar (potong bulat)

Cara-cara

  1. Cuci dan rebuskan sepahat sehingga empuk. Kemudian toskan airnya.
  2. Tumis bawang putih dan cili boh hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan serai (ketuk).
  3. Bubuh garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan sepahat dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan bawang potong bulat sebagai hiasan. Jika mahu lebih kuah, tambahkan sedikit air, tutupkan kuali dengan api kecil sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.

Tag

seafood



Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

09-05-2008, putra_yanty komen :

dari dulu lagi dok cari makhluk ni.. mana nak cari ekk? Kalau teringin sangat nak makan, terpaksa la gi bagan lalang.. suka ngan tom yam seafood nya... semuanya ada termasukla makhluk ni.. :)


09-05-2008, hazila komen :

Some people called it Bamboo Lala. Azwalissa kat mana nak beli seafood ni?


09-05-2008, azwalissa komen :

hehe..saya tgh 5mnths pregnant.. mengidam btul nak makan makhluk ni.. semalam singgah ikan bakar umbai (melaka) beli yang mentah. sekilo RM26. saya beli tak sampai 200g. cuba awak cari kat Jusco. tak silap saya ada. kat bahagian ikan/frozen. tapi mahal sikit la (mahal sikit je)..


09-05-2008, alisya_niqk komen :

sepahat ni, sama x ngan ambal (sebutan org serawak)? sbb bentuk nyer sama jek ngan ambal yg biasa sya mkn..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu