oleh: sofinar Oren cup kek

Koren

cup kek yang lembut dan simple,


Created on : 05-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 27 biji )

  • 200g mentega
  • 200g gula halus / gula icing
  • 200g tpg naik sendiri
  • 4 biji telur ayam
  • 2 biji buah oren diparut kulinya

Cara-cara

  1. pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga kembang
  2. Kemudian masukkan parutan kulit limau dan tepung. kacau perlahan2 hingga sebati. boleh juga digaul kaedah kaup balik.
  3. masukkan aduanan dalan acuan kertas, masukkan 3/4 bekas sahaja kerana kek akan kembang dan memenuhi cup itu, bakar 180 darjah selama 15 minit

Tag

kek



Laporan Masakan Bergambar (2)

Cup_cake
06-05-2008
Sedaplah sofi, tapi manis sikit.... Buat bekas kecil dpt 95biji.... hahh haaaa sekali masuk mulut jer......
Laporan oleh: che'iza

kiut-miutnya cup cake iza, cekap sungguh sehari berapa kali masak ooi, tima kasih cuba lain kali kena kurangkan gula la nooo

Cupcake_oren
13-05-2008
dh jd mcm muffin lak kembang..tp bestt wooo gebu betul anak2 suka sgt..buat pon simple..sukeee sgt.TQ
Laporan oleh: Aziemas

Komen (14)

05-05-2008, Lilydvalley komen :

oooo...sofinar pun nak lawan ngan che'izah ya! nak tanya, oren tu ambik kulit aje ke? juicenya x payah ke?


05-05-2008, sofinar komen :

mana boleh lawan che iza, saya ni lama-lama sekali baru ada resepi, che iza tiap2 hari resepi baru, ya lili limau tu ambik kulit ajae


05-05-2008, che'iza komen :

Wahhh... sofi, bestlah lama dah cari resepi ni sbb suka sgt. Emmm... tak yah letak esen oren ker sofi.


05-05-2008, sofinar komen :

tak perlu aroma kulit limau dah cukup


05-05-2008, nor_67 komen :

hai, masing2 wat keluar khazanah baru je ni..


05-05-2008, lea komen :

hai sofinar,nak tanya yg kulit limau 2biji tu bagi hbs parut ke dan campur hbs ke?


05-05-2008, sofinar komen :

ya ambik kulit aje dua-dua biji


05-05-2008, sofinar komen :

lea kita parut jgn la sampai terkena bahagian yang putih kena sikit2 tu takpa la nanti pahit


06-05-2008, che'iza komen :

Sofi.... sat gi kalau borat den naik 3kg, hanglah yg bertanggungjawab.... he..he...


07-05-2008, maryam81 komen :

Hi sofi .. ni nak tanya .. kalau nak pakai tepung biasa campur dgn soda bikar bonat sikit leh tak?


07-05-2008, che'iza komen :

Maryam, saya buat pun pakai tepung gandum biasa, tak tahan nak mkn.. Tu jer yg ada kat rumah. Setahu saya utk setiap 250gm tepung gandum =1 sk baking powder tau bukan bicarbonat soda. So kalau 200 gm agak2lah eh... Selamat mncuba.. resepi ni memang best n senang..... (tolong promote ni sofi..)


07-05-2008, maryam81 komen :

hehehehe.. ok .. ok.. thanks ya.. ni nanti nak letak aising kat atasnya.. hehehe... ipar duai suke...


07-05-2008, ufuziah komen :

adunan cup cake tu perlu ke nak guna acuan (acuan macam muffin tu) or terus letak kan adunan ke dalam acuan kertas dan bakar.


08-05-2008, sofinar komen :

acuan macam muffin tu juga saya guna, ufuziah mak saya buat pakai loyang besar utk kek biasapun masih lembut la kek ni, tima kasih che iza nasib baik hang tolong jawab kat mariam kalau tak saya memang tak ada jawapannya, tak dak duit kecik la che iza habuan tolong promote


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu