oleh: nor_67 Puding Tauhu

Puding_tauhu_2

puding yg seakan taufu fah, tp sikit pun tak ada tauhu kat dalamnya.. dedicated khas buat azie, kakyu, zie dan asmi.. juga buat fatin..(dah jgn merajuk lg..)


Created on : 02-05-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam lama,pastu toskan)
  • 1 1/4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  7. Puding_tauhu_1
    Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..

Tag

dessert



Laporan Masakan Bergambar (3)

Puding_tauhu_3
08-05-2008
Dh kak nor bg tuk kita..kita pon buat heheheheh sedap..TQ rasenyer kami skluarga je mkn sume heheeh..hb tertipu btl2 ingat taufufah..buat senang :D
Laporan oleh: Aziemas

wahhh jd org pertama wat homework yaa.. cantik tu..

Puding_laici2
12-05-2008
Walaupun resepi ni bukan ditujukan khas tuk saya..... tp dgn tak malunya saya buat gak sbb hantu taufufah..... Sedapppp...... agaknya kalau pakai fruit cocktail mesti lagi best........
Laporan oleh: che'iza

tak per lah iza, malu2 tu simpan dalam almari ya.. boleh aje nak guna fruit cocktail, terpulang pada cita rasa masing2.. :)

Picture_128
14-05-2008
yummyy..memang best puding nih..makan time cuaca panas memang terangkat...senang plak tu..hee..thanks ya kak nor..
Laporan oleh: liana_pg

thanks jugak tuk liana.. nanti buat utk berbuka puasa pulak ya...


Komen (23)

02-05-2008, asmiaishah komen :

yesssssssss. i m 1st bg komen... hiihi.. rasanya puding ni sesuai ek utk org sakit.. my hb nk p ziarah ayah ustaz dia kene kanser hati.. bleh wat nii esok.,


02-05-2008, fatinz komen :

sedeynye..knor x syg kite...


02-05-2008, ziehelmy komen :

nor...kalau guna serbuk agar2...berapa sukatan dia ek....?


02-05-2008, Aziemas komen :

kak nor kalu tuk azie..bawak 6 mangkuk mai sini :)..mesti tau..kak skg ni dh jrg jumpa susu pekat tin kecik (tak pnh jumpa pon) kalu sukat gna cwn tu brapa bnyk???


02-05-2008, nor_67 komen :

ish... org tak abis taip dia dah bg komen.. hehe >> asmi, boleh aje wat awal sehari, supaya lebih sejuk >> alaa fatin.. nanti knor edit ya.. >> zie, biasanya kalau agar2 strip tu 30gm lebih skit.., so kalau guna agar2 serbuk yg 10gm sepeket, boleh la guna 1 1/2 peket.. cuba lah dulu, nanti kasi feedback ya..


02-05-2008, nor_67 komen :

azie, 6 mangkuk jer ke.. kalau tak ada susu tin kecik, guna je yg tinggi skit tu, tp guna 3/4 jer, jgn guna semua.. (tak sempat nak sukat laa sayang )


02-05-2008, yatiezaini komen :

nor... emmmm...sedap nyer.. yg kuning2 tu laici ker isi nangka .. nak jugak boleh x .. wat muka x malu nih ....... ;~)


02-05-2008, nor_67 komen :

tu laici yatie.. tak per, muka tak malu pun, meh sini ada lg nih..


02-05-2008, yatiezaini komen :

yahooo dapat jugak tq2.. 1 soklan .. camaner laici tu blh jadi kuning sbb rasanyer laici dlm tin clear kaler kan.. ni kira dah blur tahap gaban ...


02-05-2008, nor_67 komen :

entah lah yatie, memang gitu warna dia.. mungkin sbb kita dah masakkan dia sekali ngan kuah tu kot..


02-05-2008, nor_67 komen :

entah lah yatie, memang gitu warna dia.. mungkin sbb kita dah masakkan dia sekali ngan kuah tu kot..


02-05-2008, sofinar komen :

kreatifnya knor ni, boleh cuba ni sesuai dgn cuaca yang panas


02-05-2008, nor_67 komen :

sofinar, tu yg wat kluar resipi ni, sbb skrg musim panas, kan..


08-05-2008, masz_73 komen :

knor!..nnt kita test try cuba buat hujung minggu ni... nampak menyelerakan.. :)


08-05-2008, nor_67 komen :

fuh!! try.. test.. cuba.. banyak tu masz.. jgn tak buat sudah ya.. :)


09-05-2008, MahaRani No-oR komen :

salam semua..kt cni i nk bg info ckit esp. kpd sdara seIslam sume,psl buah2an dlm tin..if beli buah2an dlm tin tu bhati2 sb kbanyakanya direct dr china..do not buy brand NARCISSUS!! (laici ade brand ni..) i ade tbaca slh 1 produk brand ni adalh hirisan pork dlm tin..if dh sekilang bt babi dlm tin,mesti produk lain pn terpalit same benda haram tuh kn..and dikatakn lg produk keluarn brand ni contain pork base..wallahua'lam...


09-05-2008, nor_67 komen :

maharani, thanks kerana kongsi info tu ya..


09-05-2008, nor_67 komen :

lupa nak beritau, sy juga tak gunakan brand tersebut.. insyaallah..


13-05-2008, fymein komen :

agar2 strip tu kena rendam brp lama? satu hari ker? atau 2 3 jam dah cukup?


13-05-2008, nor_67 komen :

faymein, rendam 1 jam pun dah cukup..


13-05-2008, haliabara komen :

nak tanya skit..agar2 tu nor guna 1/2 dari paket yg brapa gram?


13-05-2008, nor_67 komen :

saya guna agar2 cap bulan, tulisan merah berat dia 35gm..


14-05-2008, Safiza komen :

nampak sedap ni,rasa terliur tgk laici tu.x sabar nak try buat.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu