oleh: adz_ue Spaghetti Bolognese

Spaghetti

30 mins preparation + cooking time. Our fave recipe during uni days


Created on : 19-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-6 )

  • 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
  • 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm minced beef/chicken
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin air (sukat guna tin tomato puree tadi)
  • Oregano
  • Sedikit margerine/butter

Cara-cara

  1. Dalam satu periuk, rebus air + sesudu margerine. Bila dah mendidih, baru masukkan spaghetti tu. Masak dlm 5-6 minit (ikut arahan pada bungkusan spaghetti itu)
  2. Sementara biar spaghetti tu masak, diced kan bwg besar (kecil-kecil) dan hiris bawang putih.
  3. Masukkan sedikit margerine (dlm 3-4 sudu besar) ke dalam periuk yang lain. Goreng bawang putih sehingga kekuningan. Kalau tak suka bwg putih, keluarkan dari periuk itu selepas bwg masak.
  4. Masukkan pula bawang besar yg telah dipotong dadu kecil2 tadi. Biarkan bwg masak sekejap.
  5. Masukkan daging/ayam kisar tadik. Biar sehingga daging/ayam separuh masak. Kecilkan sikit api.
  6. Buka tin cendawan tadi, quarterkan (potong empat) cendawan butang. Basuh dan masukkan dalam periuk.
  7. Buka tin tomato puree, campurkan dalam periuk itu. Kemudian, masukkan air dalam tin tu, dan tuang dlm periuk tu jugak.
  8. Tambahkan oregano dalam masakan. Kalau ada basil/bay leaves pun boleh letak untuk harum/sedapkan lagi.
  9. Letakkan garam secukup rasa. (Tak payah banyak, sikit je.)
  10. Carikkan2 kan keju, dlm 2/3 keping, masukkan dalam periuk.
  11. Biarkan masak dlm 5 minit lagi. Sambil2 tu adjust la rasa secukupnya (garam,oregano)
  12. Angkat spaghetti yg dah masak dan toskan. Saya suka gaulkan dalm sesudu kecil margerine untuk bagi cantik/berkilat.




Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc00064
11-01-2007
menu anak balik sekolah hari ni...
Laporan oleh: umi_e

Komen (11)

20-10-2006, rosetreat komen :

mcm sedap, saya selalu buat spaghetti tp tak pernah letak keju...nanti nak try letak keju dlm sos ...


03-11-2006, lara_croft2292 komen :

kalau suka boleh taburkan parmesan cheese atas kuah masa nak makan.


08-11-2006, norhasimah komen :

Hai...adz_ue.. saya pun ada cuba buat spaghetti ni..tu pun ambil resipi dari kawan ofis.......nak tanya? Tak letak prego ke...oregano tu apa...


21-11-2006, Diza komen :

utk pengetahuan norhasimah, oregano tu org selalu taruk kat dalam piza. kalau kat supermarket, boleh dapat kan bahagian rempah ratus.


21-11-2006, Diza komen :

saya selalu gaulkan spaghetti ngan minyak zaitun selepas ia ditoskan


11-01-2007, admin komen :

Gambar resipi ini dr laporan masakan. Tuan punya resipi boleh tukar dgn gambar sendiri pd bila-bila masa.


27-04-2007, imzan komen :

Saya selalu buat campur dengannsos pergo perasa " Tomato pedas" ok gak kalau tambah dengan cili padi ..ada rasa melayu skit..hehe try ler


02-11-2007, Noorisa komen :

erm, time kite rebur pasta nie kene letak minyak skit kan? or else x perlu, then buat cam kak diza buat tue. Lepas toskan baru gaulkan ngan minyak olive?? Which better?


23-11-2007, butterfly komen :

saya tak pernah try ag.ni baru nak try.nanti dah try i komen ag k


10-04-2008, mariah komen :

sudah lama mencari resepi ini, akhirnya saya jumpa diruangan ini, selama ini banyak kali merujuk dalam buku resepi, tapi bahannya sukar didapati di kebanyakan pasaraya.saya wajib mencuba. thanks my resepi.com


05-05-2008, MaKiNo komen :

bla masak spaghetti letak olive oil tu xnak bg melekat, masa boil, tapi skrg pun ada gak jenama spaghetti yg bila kita rebus xlekat. xingt la brand apa. ~pastu oregano mmg di gunakan utk menaikkan @ membangkitkan lagi rasa sauce spaghetti tu, dalam masakan spaghetti sauce dia plg penting. boleh tambah seafood cth, udang atau sotong lagi sedap.... ~hmm lagi sedap kalau sauce spaghetti tu guna olive oil sbb oive oil mengurangkan rasa berminyak n tak tengelamkan rasa sauce


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu