oleh: che'iza Taugeh Celur

Taugeh_celur

Resepi taugeh mcm kat Chicken rice shop. Teramatlah mudah dan senang... Makan ngan nasi putih pun sedap.


Created on : 29-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 150 gm taugeh
  • * 2 sb air panas
  • * 1/2 sk serbuk pati ayam
  • 1/2 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 1/2 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
  • sedikit lada sulah
  • secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara

  1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
  2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Tag

sayur



Laporan Masakan Bergambar (4)

Taugeh_kicap
30-04-2008
Rasa cam kat Chicken Rice Shop. Kalau guna sup ayam lagi best. TQ
Laporan oleh: hazila

Cun ar hazila, lagi cun dari yg kat chicken rice shop. Senang pun senang.....

Taugeh
09-05-2008
yum..yumm.. taugeh ni memang peberet
Laporan oleh: yani

WOWW!!!! Kalau big boss buat mmg tak leh disangkallah kecunnannya... he..he..... Terliuq rasa........

Dsc03159
10-05-2008
ni pulak mama punya lunch ... nyum2 .. guna taugeh kasar sbb kureng gemar skit taugeh biasa ..
Laporan oleh: yatiezaini

Mengancam wooo.... Apa rasa guna taugeh kasar erk?? Tapi yg pasti, krupp.. krapp... rasanya masa mkn kan.... Gud idea... Nak trylah nanti

Taugeh_celur
11-05-2008
memang senang, memang sedappp !!!
Laporan oleh: nor_67

Pakai cili padi eh Kak Nor... aduh bestnya... Ni sorang lagi ibu yg sgt rajin memasak... untuk jadi anak Kak Nor.... Happy mother's day........


Komen (6)

29-04-2008, yatiezaini komen :

iza.. ni buat ngan taugeh kasar sedap jugak kan... boleh ratah jer ni..


29-04-2008, che'iza komen :

Yerlah yatie, lagi terasa kerangupan taugeh tu erk. Kalau hubby tak de n malas nak masak, ni lah lauknyer leh ratah jer. Healthy food ni


29-04-2008, Mummy7857 komen :

che'iza, bahan2 untuk sos tu tak perlu dimasak dulu ker? ..resepi ni nampak sedap, mesti cuba ni....thank...


29-04-2008, che'iza komen :

Tak payah, tapi pastikan air panas tu air masak. Tapi kalau buat dlm kuantiti yg banyak bolehlah dimasak supaya sos tahan lama.


29-04-2008, che'iza komen :

Ni chinesse stlyle, selalu makan ngan hainan chicken rice. Boleh jugak guna siew pak choy. Buat ngan cara yg sama, sedap gak.


12-05-2008, yatiezaini komen :

iza.. sedap ooooooo wat ngan taugeh kasar.. krupp .. krapp .. krupp .. krapp bunyi dia


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu