oleh: fayrahim Pecel Ikan Cencaru

Pecel

Masakan Jawa. Resepi turun temurun dr Ibu saya.


Created on : 14-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1 kilo Ikan Cencaru
  • 5 bawang merah kecil (digoreng)
  • 3 biji bawang putih
  • 200 grams akar cekur (kencur)
  • 50 grams ikan bilis (digoreng garing)
  • 50 grams cili padi
  • 1 sudu besar asam jawa (diambil jusnya agak 2 sudu besar)
  • Santan pekat sahaja dr 2 biji kelapa
  • garam dan serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara

  1. Dscf0067
    Ikan Cencaru hendaklah di bakar dahulu kemudian di ambil isinya sahaja.
  2. Dscf0070
    Bahan-bahan berikut adalah untuk di tumbuk : Mengikut arah jam - 200 grams akar cekur (kencur) 3 biji bawang putih 50 grams cili padi 50 grams ikan bilis (digoreng garing) 5 bawang merah kecil (digoreng)
  3. Dscf0072
    Santan dari 2 biji kelapa di perah dan di masukkan ke dalam periuk. letakkan di atas dapur.
  4. Dscf0074
    Masukkan ke dalam santan bahan-bahan yang digiling atau di tumbuk tadi. Biarkan sehingga mendidih sedikit tapi pastikan api kecil supaya tidak pecah santan.
  5. Dscf0075
    Masukkan isi ikan cencaru bakar tadi. Hati-hati supaya isi ikan tidak hancur. Biarkan selama 3 minit. Masukkan garam dan serbuk perisa serta jus asam jawa secukupnya.
  6. Dscf0076
    Sedap di hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Pecel ini ringkas, hanya perlu sayur-sayur kampung seperti pucuk paku di celur sahaja sebagai lauk sampingan
  7. Resipi ini boleh di dapati di blog saya http://anakcina.wordpress.com/2008/04/12/wet-cold-sunday/