oleh: azwalissa Wantan Noodles

Wantan

resepi wantan mee mudah & sedap. (Photo by: Achiam)


Created on : 07-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 hidang. )

  • BAHAN UTK MEE :
  • Sepeket mee wantan (3pcs/pack) - rebus dan tos kemudian celur dalam air sejuk
  • 5 sudu kicap (saya guna kicap masin kipas udang je)
  • 5 sudu minyak bijan
  • 3 sudu serbuk lada sulah/ lada putih
  • BAHAN UNTUK SUP:
  • 6 ketul chicken drummet
  • Sebungkus sup bunjut adabi
  • Garam sesedap rasa
  • BAHAN UNTUK HIASAN:
  • Small Pak Choy - rebus
  • Black Fungus - rendam sehingga kembang - potong halus
  • Kulit wantan - potong anggaran 5x5cm, goreng garing
  • Ayam digoreng garing - ketukkan
  • Daun sup & daun bawang dicincang

Cara-cara

  1. Tuangkan kicap, minyak bijan dan lada sulah kedalam bekas. Kemudian masukkan mee yang telah ditos dan digaul rata.
  2. Untuk sup : Masukkan ayam, rempah sup bunjut bersama setengah periuk air dan rebus sehingga mendidih. Bubuh garam sesedap rasa - jangan terlalu masin kerana mee sudah berkicap.
  3. Keluarkan ayam yang telah direbus, lumurkan kicap dan goreng sehingga garing.
  4. CARA MENGHIAS MEE WANTAN:
  5. Masukkan mee kedalam pinggan dan susun sayur pak choy, black fungus, kulit wantan goreng dan ayam.
  6. Curahkan sup panas keatas hidangan dan tabur dengan daun sup/daun bawang. Sedap juga kalau ditambah cili jeruk!
  7. Taraaa! siap untuk di makan...!




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

07-04-2008, jfklynn komen :

mcm sedap jer...tapi takda pak choy ler plak...pastu wantan mee takder...yg ader saimin noodles...kira mcm wantan gak rupernya...yg penting pak choy tu..takder mesti kureng nantikan?...


07-04-2008, azwalissa komen :

kalau takde pak choy , guna sayur sawi rebus pun boleh, jfklynn.. sedap jugak! cuma kena potong kecik la sawi tu.. tercekik lak karang! hihi


09-04-2008, cthaizad komen :

wah bestnye.dah lama mencari resipi ni alhamdulillah dah jumpa.tapi tak taruk sambal ke?kalau sambal blh di gunakan,sambalape yaang sedap?


11-04-2008, azwalissa komen :

saya mmg tak makan pedas jadi lupa pula tang sambal tu.. sori ye..! kalau makan wantan noodles kat luar, saya tengok diorang biasa bubuh sambal tumis kosong aje..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu