oleh: NisaMPB Salad Buah Mangga

P1050148_copy

sedap! sampai buat BER kali2!


Created on : 01-04-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji buah mangga muda (saiz tapak tangan)
  • 15gm belacan, dibakar depan belakang
  • 2 biji bawang merah kecil, dimayang halus
  • 3 batang cili padi hijau, cincang sederhana halus
  • 2 batang cili padi merah,cincang sederhana halus (cili padi boleh dilebihkan jika suka)
  • 2 tsp (sudu kecil) sos ikan nampla
  • 2 biji limau kasturi, perah airnya
  • sedikit gula & garam (jangan bubuh garam dahulu kerana sos nampla tadi sudah agak kemasinan, tapi boleh tambah garam jika kurang perasanya)
  • 3 tbsp (sudu makan) kacang, disangar dahulu & ditumbuk sederhana kasar, boleh ditambah jika suka)

Cara-cara

  1. Hancurkan belacan yg agak kering dibakar tadi dgn garfu supaya hancur berderai. Ketepikan.
  2. Kupas kulit mangga lalu sagat memanjang (sederhana halusnya) buah mangga. Ketepikan.
  3. Dalam sebuah mangkuk yg besar, masukkan kesemua bahan kecuali kacang & garam. Gaul perlahan2 menggunakan 2 sudip besar kiri & kanan. Perasakan.
  4. Jika kurang masinnya bolehlah ditambah garam.
  5. P1050150_copy
    Alihkan pada mangkuk hidang & taburkan kacang tumbuk tadi. Memang sedap dimakan bersama kari ikan! Cubalah.

Tag

salad




Laporan Masakan Bergambar (1)

Kerabu_mangga
07-04-2008
Buat semalam. Sedap.
Laporan oleh: hazila

terimakaseh krn mencuba! :)


Komen (5)

01-04-2008, nor_67 komen :

tengok gambar saja pun dah kembang pipi...


01-04-2008, NisaMPB komen :

nor, kembang pipi tarak apa...jgn kembang hidung, buruk taww! jgn mara gurau ahak!


02-04-2008, shima_2210 komen :

shima br wat weekend lps tp tak taruk belacan. shima taruk bwg merah, udang kering yg di rendam n tumbuk halus ngan brown sugar to taste. yg lenlain tu sama jer bhn2 nyer


10-04-2008, sofinar komen :

sos ikan npla apa ye? kalau tak ada nak ganti dgan apa?


11-04-2008, NisaMPB komen :

sofinar: sos nampla ialah sos ikan yg boleh didapati di semua pasaraya giant, carrefour atau lain2 supermaket. ada mcm2 brand kalu tak silap brand 'knife' pun ada, sofinar boleh cari disebelah para2 segala botol2 kicap atau sos2. kalu tak letak pun boleh tapi tak 'kick' lah. sekian berita:)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu