oleh: maryam81 kek Lapis Sutera

Batik_sutera

Kek Lapis Sutera


Created on : 21-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 1. 480gm mentega.
  • 2. 1 gelas gula pasir yg tlh dikisar
  • 3. 15 biji kuning telur.
  • 4. 5 biji putih telur.
  • 5. 2 gelas tpg gandum.
  • 6. 100gm horlick.
  • 7. 1 tin kecil susu pekat.
  • 8. 1 sudu makan ovellet.
  • 9. 250gm strawberi filling.
  • 10. 250gm blueberi filing.
  • 11. Sedikit pewarna merah jambu & ungu.

Cara-cara

  1. Masukkan gula & putih telur. Pukul hingga putih. Mentega dan kuning telur di pukul hingga kembang. Satukan adunan putih telur kedlm kuning telur. Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks. Pukul hingga sebati. Masukkan susu & ovellet.Pukul hingga sebati.
  2. Bahagi kepada 3 adunan. a) masukkan strawberi filling & pewarna merah jambu. ( Masukkan adunan dlm piping ) b) Masukkan blueberi filling & pewarna ungu ( Masukkan adunan dlm piping yang lain ) c) Biarkan kosong ( warna krim)
  3. Alaskan Loyang dgn kertas minyak. Masukkan sesenduk adunan krim kedlm Loyang. Bakar guna api atas & bawah. Buat hingga 3 lapisan. Kemudian masukkan adunan strawberi dan di selang selikan dgn adunan blueberi. Bakar lapisan tersebut. Bila sudah masak.( Bahagian atas kek warna kuning keperangan, Lapislah lagi hingga adunan strawberi dan blueberi tersebut habis. Kemudian lapislah dgn adunan warna krim. Buat hingga 3 lapisan.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (1)

P1040104
19-06-2008
huhu.. tak lawa la, hangit lak tu
Laporan oleh: fanoriza

em.. Fanoriza.. bahagian yang hangit tu bahagian atas ek.. guna 100'c utk bahagian atas..anyway.. good try...er.. rasa ok kan..


Komen (19)

21-03-2008, Aziemas komen :

awat gmbo nyer kecik sgt...menarik nih. tp fenin ar nk baca resepi pnjg2 ni, leh tolong wat 1 - 1 x? guna ke bawah sng sket nk baca, mklmlh saya budak baru belajar masak :) kek lapis ni pebret


21-03-2008, Aziemas komen :

oppsss sorry..mksd saya tang bahan2 tu fenin tgk :) tang cara2 tu dh phm. ada masa Insyaallah cuba


24-03-2008, maryam81 komen :

kepada sesiapa yang sakit mata baca bahan2nya. sila refer kat bawah ni. 1. 450gm Mentega. 2. 1 gelas gula pasir yg tlh dikisar. 3. 15 biji kuning telur. 4. 5 biji putih telur. 5. 2 gelas tepung gandum. 6. 100gm horlick. 7. 250gm strawberi filing. 8. 250 gm blueberi filing. 9. sedikit pewarna merah & ungu.


24-03-2008, maryam81 komen :

hi.. aziemas.. tak menjadilah.. aku salin semula bahan2nya.. apa kata.. ko.. copy paste je apa yang ada dah aku taip.. pastu.. ko buat satu persatu. tanda nokhtah tu maksudnya perenggan baru.


24-03-2008, schwenke komen :

cik maryam,kalau nk tulis resepi lain kali bia teratur skit..mcm yg u tulis skrg ni sape2 pun boleh pening..ni ikhlas ke tdk bg resepi nih..cube clearkan bahan2 tuh..peace!!


24-03-2008, aa_iezah komen :

apehal kecoh2 kt kek lapis sutera ni? ck maryam apa kta klu u edit semula resepi u ni baru la x fenin' kpala tgk betul x admin?


25-03-2008, maryam81 komen :

ok.. dah edit semula .. harap2 sesapa yg pening kepala tu cuba2lah buat kek ni ye.. penat tau nak edit balik.


25-03-2008, Aziemas komen :

bila teliti mcm rumit yer mbuatnya...nk kena tgu betul2 'R' datang br leh buat


25-03-2008, Aziemas komen :

TQ cik maryam...mmg mcm tulh nk isi tang bahan2, kalu buat mcm perenggan org susah nk faham lg2 lh saya ni br nk bljr masak. buat mcm ni kn senang, nk print pon nmpk cantik jer. kalu nk lg cun no tu x payah tulis. Rasanya sume resepi kt myr ni sume tulis ke bawah tang bahan2 tu..yg penting ikhlas bg resepi.


25-03-2008, schwenke komen :

biasalah kalo nk share resepi ni mesti kene cermat jgn comot jer..mcm x ikhlas jer edit...


26-03-2008, maryam81 komen :

sebenarnya.. nak membuatnya tak de lah.. susah.. tp kalau kite pernah tengok org buat... lagi senang kite faham dari ikut cara resepi.. sbb nak buat kek lapis sarawak.. exp yang ada corak..kena kreatif lah..


26-03-2008, maryam81 komen :

Schwenke.. bukan tak ikhlas.. tapi rasa cam tak bestlah kan.. bila kite dah susah payah edit, org tak buat.. tp kalau dah buat... upload dlm ni .. nak tengok cam mana u all punya kek lapis.


26-03-2008, Aziemas komen :

kek lapis ni mmg kena bkr guna api ats bwh ekk? kalu kukus agak2 leh x??? lain x rase dia? kt rmh ni xda oven..ada m/wave pas tu lak x reti nk adjust api atas bwh.


26-03-2008, aa_iezah komen :

Eh2..ck maryam dah edit resepi ni, senang ler skt nk faham.. maryam nant bila snang i wat i akan hntr laporan masakan kt u yer tp mcm kata aziemas nmpak cam rumit skt ler nway tungguuu.....


27-03-2008, maryam81 komen :

Aziemas.. kalau nak kukus pun leh gak.. tp kena tukar warna utk lapisan atas dan bawah lah,,, buat cam 2 kaler.. plain kaler dgn warna hijau ke.. supaya boleh nampak dia cam berlapis.. tapi tekstur dia mungkin agak moisture maksud saya... agak berminyak. Tp u boleh try.. kalau dah jadi hantar laporan ye.. microwave boleh masuk loyang ke? rasanya cam tak leh kan.. masuk benda2 yg guna logam.. anyway.. boleh try.. ; D


27-03-2008, maryam81 komen :

Ok..iezah.. Kite tunggu..


23-05-2008, fanoriza komen :

maryam.. strawberi filling tu camner ek? kalo guna jem boleh tak? saya nk buat nih.. percubaan kedua.. selepas dh buat kek lapis coklat yg tak berapa nk berlapis tu:D kali ni nk sabar byk2.. smpi jd lawa sikit.


27-05-2008, maryam81 komen :

fanoriza.. sorry lambat balas.. baru baca komen resepi lama.. strawberi filling tu boleh dapat kat kedai bakery.. heheeh.. sabar jangan tak sabar..


25-06-2008, fanoriza komen :

rasanya sedap sgt, maveles, insyaAllah raya nnt nk cuba buat lg, harap kali ni tak hangit. tq sensei:)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu