oleh: nor_67 Lala masak serai

Lala_masak_serai

masakan yg ringkas bg penggemar lala


Created on : 19-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 org makan )

  • 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
  • 3 batang serai - dipotong serong
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  3. Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  4. Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

Tag

seafood




Laporan Masakan Bergambar (3)

Lala_serai
28-05-2008
sedaplahhhh Kak Norrrrrrrr....... TQ.......
Laporan oleh: che'iza

kalau sedap bila2 boleh buat lagi lah ya.. :D

Dsc03417
29-05-2008
dah lama nak buat ni.. baru hari ni dpt tgkap lala kat spmrkt .. sedapnya lalalala .. ratah sorg2 jer td, simple & cepat ;~0 .. tQ nor
Laporan oleh: yatiezaini

tangkap lala pakai plastik bag dan duit ke yatie.. :) memang sedap diratah begitu sajaaaaa....

Lala
30-05-2008
dlm kuali lg i dh snap...tkt tk sempat dh abih! hihi..tq nor..
Laporan oleh: hana6877

tq utk hana juga ya sbb sudi cuba resipi tak seberapa nih..


Komen (6)

19-03-2008, rabiatun komen :

fuuhhhh...sedapnya kak nor.asya pernah makan ni..sedap hirup kuahnya.


19-03-2008, tulip77 komen :

sejibik cam sy rebus kerang...cuma x letak sos tiram...sodapnya :D


19-03-2008, shima_2210 komen :

shima nyer version cuma hiris bwg merah, bwg putih n ketuk serai garam utk rasa. simple jer tp sedap


19-03-2008, yatiezaini komen :

ooooooooo lala lala... terlioq den


19-03-2008, sina komen :

nor...ingat cuti hari. Diam2 kuar resepi baru.....esok cuti le cuba kot kene gi pasar ni cari lala


30-05-2008, ellyzwin komen :

Nampak mcm sedap... Nak trylah..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu