Ada resepi menarik, ada masakan yang mana anda berminat untuk di kongsi bersama.
Jom kita sama-sama berkongsi resipi di web ini. Mudah saja, Daftar (percuma) dan kemudian isikan resipi-resipi anda tersebut, dan selepas itu nantikan komen-komen
daripada mereka yang mencuba resipi anda itu. Pendaftaran adalah percuma tak perlu bayar apa-apa pun.
Mee hoon direndam 20minit dan di toskan. Daging dipotong kecil2, udang buang kulit. Bwang putih tumbuk lumat.
Panaskan minyak, tumis bawang putih naik bau, Masukkan udang dan daging, gaul rata. Bila nmpak dah kering masukkan sedikit air dan tumis sampai daging lembut, lebih kurang 10minit.
Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,cuka,gula,garam & ajinomoto. Kacau lagi dan rasa apa yg kurang, adjust mana yg patut. Bila rasa dah cukup masukkan air panas.
Dah menggelegak masukkan lobak, kobis dan mee hoon. Gaul biar semua sekata. Bila nmpak kering masukkan air sikit2 hingga mee lembut. Rasa jika ada yg terkurang leh adjust skit2 sbb rasa akan kurang bila tambah air.
Bila rasa dah ok, masak mee hoon nih lagi 10 minit atau hingga nmpak gebu. Tutup api dan masukkan taugeh,gaul biar sekata. Dalam gambar xda sbb kat umh xda stok taugeh.
Hias dgn daun bawang,bawang goreng & lada merah yg dipotong menyerong.
*** Kalau nk mee nih pedas, lepas tumis bwg putih masuk pes lada pastu br masuk udang & daging.
12-07-2008
Kita pun baru goreng buat sarapan ari tu...
Laporan oleh: yusleen
21-07-2008
kes senang nak wat le dah abeh separuh pingggan br nak amik gambor nih...lupa....kes sedap punya pasai...he..he..thanks ya tulip....
Laporan oleh: rizaida84