oleh: tuntung15 Lala Sos Tomato

P3150057

Idea dari Kepah Sos Tomato, Hani tapi yang ni dah dimelayukan. Terima kasih Hani for d marvellous resipi.


Created on : 15-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 2 kilo lala
  • 3 biji tomato (diblender hancur)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Bahan untuk tumis
  • 6 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan (boleh dikurangkan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Bersihkan lala. Berhati-hati semasa bersihkan lala kerana ada lala yang tiada isi dan dipenuhi lumpur. Lumpur merosakkan rasa lala yang enak.
  2. Blender bahan-bahan untuk tumisan.
  3. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumisan, kacau hingga naik bau. Masukkan serai, tomato yang telah diblender hancur dan tumis hingga berbau enak.
  4. Tambahkan garam kemudian masukkan lala. Tutup kuali supaya lala masak sekata.
  5. Hidangan siap. Bolehlah dinikmati dengan keluarga.

Tag

seafood




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

15-03-2008, Ringo komen :

wah!!! kak Ogy...... bestnyer lala ni.... mesti sedapkan. dengan bau2 serai tu.... :D


16-03-2008, tuntung15 komen :

Hani, mmg sedaaaap. Lepas je dapat idea dari Kepah Sos Tomato dah 2 x laa buat masakan nih sb mmg laku........sume suke... tq hani.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu