oleh: haz_amon Ayam Masak Merah

Image014

Resepi mama saya....boleh di makan bila-bila terutamanya dengan nasi putih.


Created on : 13-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Seisi Keluarga )

  • 1 ekor ayam- potong kecil-kecil
  • Halia (besar ibu jari)- di blend atau di tumbuk
  • 2 Ulas Bawang Putih- diblend atau di tumbuk
  • 6 Ulas Bawang Merah- di blend atau di tumbuk
  • 2 Senduk Cili giling (cap PUTERI) atau cili boh -jika tak suka pedas, kurangkan
  • 2 batang serai - Dititik
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak masak, serbuk kunyit dan sedikit garam - untuk menggoreng ayam
  • *Bahan2 hiasan:-
  • - Kacang peas, bawang besar (dimayang), cili merah, cili hijau, daun bawang, daun sup

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam dan tos untuk buang airnya. Lumurkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan goreng hingga masak.
  2. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan cili giling/boh sampai naik minyak (api sederhana, lg naik berminyak, lg sedap)
  3. Masukkan serai, sos tomato dan sos cili, kacau sebentar baru masukkan garam dan kalau nak manis, tambahkan gula (optional)
  4. Masukkan pula ayam yang telah di goreng tadi. kacau dan balik-balikkan seketika dan masukkan bawang besar yang telah dimayang, cili merah dan cili hijau (belah dua memanjang) dan kacang peas, kacau sebentar dan tutup api.
  5. Semasa nak hidang, taburkan daun sup dan daun bawang....(saya tak letak sebab stok tak ada...heh...he...)

Tag

ayam




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

13-03-2008, tulip77 komen :

haz....sedap nih :D leh tambah nasi 2-3 kali....


13-03-2008, kimin_03 komen :

Kalo gune dada ayam pun bleh jugak kan? Mest lg senang nak mkn...


14-03-2008, haz_amon komen :

hai tulip...mmg sedap....naknya pakai cili giling, lagi sedap...kimin, boleh pakai mana-mana bahagian ayam, x kisah...


14-03-2008, meow komen :

ayam masak merah memang peberetku...


14-03-2008, haz_amon komen :

samalah saya....mmg favorite....naknya apa2 resepi yang berasaskan ayam......delises....


17-03-2008, Lady V komen :

sedapnya..nnti nk try msak la..


20-03-2008, haz_amon komen :

cubalah lady V......nanti jangan lupa tempek hasilnya......he...he...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu