oleh: anuarezo Ayam Masak Kicap Halia

No picture

Chinse preparation sesuai makan dengan nasi dan ikan masin jeruk


Created on : 13-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 )

  • 1/4 ekor ayam
  • 3 inci halia 5 ulas bawang putih di ketuk
  • 3 susu besar kicap makan (masin) 3 sudu kicap makan (manis) sudu sos tiram
  • 6-10 biji cendawan shitake dan 6 tangkai cili kering
  • 1 cawan @ 250ml air
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu kecil stok ayam
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 4 tangkai daun bawang

Cara-cara

  1. Ayam dipotong kecil-kecil goreng bersama kunyit separuh masak sahaja
  2. Panaskan kuali, masukan air, bawang putih dan halia (shreded)sehingga mendidih. kemudian masukan kicap, sos tiram dan stok ayam. Apabila sudah mesra masuk ayam yang telah digoreng tadi
  3. Cendawan shitake di belah dua (direndam sebelum itu dengan air panas bagi lembut). Cili kering di potong kecil kecil . Masukan cili dan cendawan Kacau bagi mesra
  4. Bancuh tepung jagung dgn sedikit air dan masukan kedalam masakan. Potong daun bawang gaul bersama. Kacau sehingga pekat kauh.Tutup api!Siap untuk dimakan




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

16-10-2006, nik norhanani komen :

menyelerakan tetapi bahan-bahannya agak susah untuk di perolehi.


17-10-2006, shafiqfarhan komen :

Banyak bahan yang gua tak ada... kalau tinggal satu dua tak apa kan? hehehehe... apapun gua try buat dengan bahan-bahan orang bujang...


17-10-2006, anuarezo komen :

Bahan-bahan tu senang kita dapat kat kedai lah Bahan-bahan wajib adalah ayam halia, bwg puting sos tiram , kicap manis daun bawang n tepung jagung


12-01-2007, ALIMAHTUNSADIAH komen :

tak belum cuba rasanya mcm nak try


30-01-2008, ofisgrl komen :

berapa sudu untuk sos tiram??


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu