oleh: rahman bestari Kek Srikaya Tebal

Kek_srikaya_tebal

Kek Sarawak yang tidak berlapis, sesuai dijadikan sajian harian sekeluarga, untuk meraikan tetamu yang dtg ke rumah, hari jadi, anniversary, sebagai hantaran pertunangan, juga sebagai cenderahati untuk kwn2 dsbgnya


Created on : 12-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( )

  • 10 biji telur ayam
  • 3 botol kecil pandan paste
  • 1 tin kecil susu manis ( berat lingkungan 388 / 390 g - depend dgn brand )
  • 1 botol kecil horlick (gunakan paket 200gm)
  • 2 gelas gula halus
  • 2 gelas tepung gandum
  • 16 oz mentega golden churn
  • 1 tin kecil srikaya

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan srikaya, susu manis, horlick, pandan paste dan tepung gandum. Kacaukan menjadi rata.
  3. Masukkan telur satu persatu (sambil dikacau) sehingga habis. Gaulkan biar sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 4 jam.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

12-03-2008, Haniey02 komen :

Salam, nak kena guna sampai 3 botol kecil pandan paste ker..


12-03-2008, saira79 komen :

askum, nak tanya sukatan gelas sama dgn cawan penyukat ke? klu pandan paste tu botol kecil berapa berat atau isipadu. tq.


25-05-2008, star79 komen :

kek ni boleh di bakar ke?boleh buat separuh adunan tak?


26-05-2008, star79 komen :

kenapa telur dipukul akhir skali?kalau telur tu dipukul selepas butter & gula,takpe kan?aneh....


03-06-2008, rahman bestari komen :

salam, yang sampai 3 botl tu kalau nak hijau sebab color kek ni memang hijau pekat. gelas tu kalau di sarawak gunakan gelas 'omo' (gelas warisan org sarawak utk buat kek), berat pandan paste ialah 60ml. Rasanya pandan paste yg digunakan di sarawak tidak dijual di semenanjung.


03-06-2008, rahman bestari komen :

star 79, semua kek kukus kalau nak tahan lebih lama boleh dibakar sekejap atau kalau nak bakar terus tidak menjadi masalah. tak ada salahnya pukul telur akhir sekali, sama juga hasilnya - sebiji kek! lain lah kalau memang x reti nak buat kek. x da yg anehnya, menjadi jugak kek yg saya buat (seperti dalam gambar) tu, sehingga ramai yg nak tempah kat jb ni.


03-06-2008, rahman bestari komen :

pengalaman saya buat kek ni kalau kita campur sekali bahan-bahan tu tak kira lah mana satu dahulu akan tetap menjadi jugak, tp kalau yg pro tu biasanya x ikut sangat resipi asal dan biasanya diubah ikut citarasa dan selera sendiri contohnya dari segi warna, drpd tak berlapis menjadi yang berlapis. kena ada kreativiti juga... tp itu lah istimewanya resipi kek sarawak.


03-06-2008, rahman bestari komen :

satu lagi kena ingat untuk membezakan kek sarawak atau tidak, biasanya kek sarawak akan menggunakan samada srikaya, susu manis, horlick dan milo. 4 bahan itu yg akan menyedapkan lagi kek sarawak. maksudnya kalau tak semua pun, satu atau 2 drpd bhn tersebut akan digunakan dalam penyediaan kek sarawak. begitu juga dengan penggunaan mentega, biasanya kalau di sarawak hanya menggunakan mentega dalam tin sahaja iaitu dari jenama Golden Churn. Penggunaan mentega jenama ini seakan sudah menjadi warisan zaman berzaman di sarawak, walaupun kini harganya mencecah rm14.00 (1tin = 16oz)di sesetengah kawasan di sarawak.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu