oleh: nor_67 Daging Black Pepper

Daging_black_paper_myr

resipi asal dari chinese chef kat tv lamaaaaaaaa dulu.. dah edit laa skit2..


Created on : 07-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Tag

daging




Laporan Masakan Bergambar (5)

Black_pepper_beef
11-03-2008
Thanks kak nor for the delicious recipe.
Laporan oleh: hazila

thanks juga buat hazila sbb dah cuba resipi ni.. :)

Img_2424
02-04-2008
senang bangeeeettt dan sedap... ;-) time kasih kak nor bg resepi simple ni.. muaaaccchhhss..
Laporan oleh: Natto

senang dan sedap ya.. alhamdulillah..

Daging_masak_black_paper
24-04-2008
gambar tak cantik la.. tapi masakan ni memang best.. thanks for sharing the recepi
Laporan oleh: putra_yanty

tak per gambar tak cantik asal rasa masakan memenuhi selera.. thanks juga dari saya kerana mencuba resipi ni..

Dsc03107
09-05-2008
org kat rumah ni jrg mkn nasi btambah.. tp dek tkena penangan lauk ni siap btambah ler mkn tghari smlm.. x ko soddaapp kalau doh cam tu .... tks nor utk lauk yg simple & yummy ..
Laporan oleh: yatiezaini

alhamdulillah, kena dgn selera dia org ya...

Imported_photos_00149
19-06-2008
hampir tiap2 minggu buat resipi....tapi baru hari ni nak antar laporan....hehehehh.....sedapppp.....
Laporan oleh: ziehelmy

hehe.. zie dah eddicted ya... :D


Komen (13)

07-03-2008, ziehelmy komen :

emmm....inila resipi yg dicari2.....dah buat dah....... nanti senang2 tempek gambar......sedappppppp


07-03-2008, nor_67 komen :

amboi zie, cepatnyer...


07-03-2008, rabiatun komen :

cantik gambarnya, kak nor.nampak pun menyelerakan...fuuuhhhh...


07-03-2008, nor_67 komen :

cubalah rabiatun, bahan2 dan cara dia simple jer..


08-03-2008, dilanahar komen :

lebih kurang macam resepi saya ler...ape yang beza cuma sy tumiskan dulu b.putih/b.merah.halia.2inci kayu manis baru masukkan lada itm & daging dll. baru terasa.......terangkat hubby mkn....


09-03-2008, nor_67 komen :

dila, banyak org banyaklah caranya.. cara dan bahan2 yg saya buat ni memang asalnya dari chinese chef tu.. yg saya adjust cuma sukatan bahan2 sbb dia cakap pelat sgt masa tu, susah nak catch-up.. :)


11-03-2008, ass komen :

kalau pakai serbuk lada hitam sedap x? coz kalau lada hitam yg ditumbuk kasar2 camtu ass x berapa suka...


11-03-2008, nor_67 komen :

ass, boleh aje kalau nak guna serbuk lada hitam readymade tu.. tp rasa dia lebih kick kalau kita guna yg kita tumbuk..


11-03-2008, nor_67 komen :

ass, satu tip utk mudahkan kerja.. beli lada hitam biji dalam anggaran RM2 - RM3. pastu cuci bersih dan toskan. jemur utk 2/3 hari, pastu kisar je dlm pengisar kering.. terpulang samada nak betul2 halus atau kasar skit2. masukkan dalam botol atau bekas kedap udara dan simpan dlm peti ais.. k.nor biasa gunakan cara ni..lgpun kalau tak silap dalam serbuk lada hitam yg dibeli tu ada mengandungi bahan2 lain spt tepung beras.. tu yg diberitahu oleh org lain kat k.nor.. kalau guna cara knor td, senang je kita nak guna lada hitam tu bila2 masa..


08-04-2008, putra_yanty komen :

Nak cuba la.. macam sedap jer. Dah lama dah cari resepi ni..


24-04-2008, hazrah komen :

nak tanya cikit..klu x letak tepung jagung bleh x? pasal brg lain semua dah ada,tepung jagung aja yg x de.. atau bleh letak tepung lain...


24-04-2008, nor_67 komen :

hazrah, kalau tak ada tepung jagung, boleh je ganti ngan tepung gandum.. bancuh betul2 dulu baru masukkan dalam masakan ya..


19-06-2008, nor_67 komen :

wahh zie, kalau hampir tiap2 minggu tu mcm dah addicted dgn masakan nih.. ye lah kan, sbb resipi dia senang dan bahan2 pulak simple jer, kan..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu