oleh: syahnina Thin Crust Pizza

Pizza_012

Doh yang nipis, makan tak cepat muak


Created on : 05-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 keping (20cm) )

  • Doh:
  • 200gm tepung serbaguna, diayak
  • 4gm garam
  • 105ml air
  • 12gm mentega tanpa garam
  • Topping:
  • Crab stick dan sosej, dihiris
  • Bawang besar, dihiris
  • cendawan butang, capsicum, dihiris
  • Keju mozzarella, diparut
  • Sos bechamel:
  • 50gm mentega tanpa garam
  • 60 gm tepung, diayak
  • 1000ml fresh milk
  • 4gm garam

Cara-cara

  1. Untuk doh:
  2. Campur tepung, garam dan air ke dalam mangkuk dan uli hingga tak lekat ditangan
  3. Masukkan mentega dan uli lagi sampai doh yang licin dan lembut terbentuk.
  4. Keluarkan doh dan sapu dengan sikit minyak masak. Bungkus doh dalam plastik selama 30 minit.
  5. Untuk sos berchamel
  6. Cairkan mentega dalam periuk atas api yang perlahan dan masukkan tepung. kacau dan masak hingga sebati.
  7. Tuangkan susu ke dalam periuk, pukul dengan whisker .
  8. Masukkan garam. Kacau dan masak sos hingga pekat. simpan dalam bekas bertutup.
  9. Sos ini boleh disimpan 3-4 hari dlm peti sejuk atau 4 minggu dalam freezer.
  10. Sapukan sos bechamel atas doh.
  11. Taburkan crab stick, sosej, bawang, capsicum, cendawan butang dan keju mozarella.
  12. Taburkan lada hitam jika suka dan bakar dalam oven 12-15 minit pada suhu 170-200 C. Nikmati piza ini semasa panas-panas.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (16)

05-03-2008, sangkura komen :

besnye ... mana nak cari sos bechamel?


05-03-2008, syahnina komen :

sos bechamel kena buat sendiri, cara-cara dah diberikan. cubalah sangkura....


05-03-2008, haz_amon komen :

emmm......cedapnyer......boleh buat nih......


06-03-2008, wendy laba komen :

sos tu disapu sedikit aje atau banyak?


06-03-2008, syahnina komen :

haz_amon cubalah senang jer nie... wendy, sos tu kena sapu penuh atas permukaan doh sebelum ditabur topping yg lain.


06-03-2008, wendy laba komen :

maksudnya..dituang habis la tuh?


06-03-2008, SallySalina komen :

Syahnina.. tepung apa yang digunakan untuk buat sos bechamel tu? nak cuba nanti ni. bila dah masak sos bechamel tu warna nya cream ya!


06-03-2008, ass komen :

emmm....bestnye... teringin nak buat tapi takut x jadi ler...tak pernah buat piza sendiri. Nak makan aje serbu piza hut...he..he..he


06-03-2008, syahnina komen :

Wendy.. bukan tuang semua, sos tu cukup utk 3 keping piza atau mungkin akan ada lebih. sapu satu lapisan atas permukaan doh sahaja, lebih kurang 3 sudu besar sos bechamel utk satu piza.


06-03-2008, syahnina komen :

Sally.. guna tepung gandum je. ass.. try lah, lum cuba belum tau. Nie pun 1st time saya buat piza sendiri.


07-03-2008, aa_iezah komen :

emm..sedapnye ...rasa laparler pulak, ni senang2 bleh try nih..


12-03-2008, ana78 komen :

Syahnina.... Doh tu lepas bungkus dlm plastik nak buat apa? canai then bakar sekejap ke?


15-03-2008, faridahismail komen :

first time dengar sos ni. selalunya saya guna sos tomato. best ni mesti kena cuba.


19-03-2008, syahnina komen :

ana78 lepas kuar dari peti canaikan dan terus sapukan sos. tak perlu bakar sbb doh tu nipis jer.


24-03-2008, atiesha komen :

rasa nyer sos bechamel nih usually buat masa lapiskan lasagne kan. also first time i tgk pakia untuk base for pizza. Anyway teringin nak try.


14-04-2008, nanirazin komen :

kat mane nak dapat mentega tanpe garam & jename ape yg paling sesuai?ni first time nak cube masak piza for my besday, hihihi.... n my hubby really like piza nipis mcm ni.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu