oleh: haz_amon Kuih Keria

Image009

Resepi mama saya.....sedap...


Created on : 05-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Banyak boleh dapat )

  • 7 biji ubi keledek (sederhana besar)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • sedikit garam
  • Air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan kedalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
  2. Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
  3. Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Tag

kuih-muih




Laporan Masakan Bergambar (2)

Fa_006
05-03-2008
i dah mencuba dan inilah hasilnyer..tembam2 lagi.TQ
Laporan oleh: farahbtzaini

hai farah....takper tembam2 asalkan sedap......thanks 4 trying...

100_3625__wince_
29-07-2008
Thanks atas resepi ni, pertama kali buat kuih keria ni, dah lama nak makan, saya kat new zealand , dah 3 tahun tak pulang M'sia.....
Laporan oleh: Wati_Eltham

wah....jauh gak resepi nih gi....


Komen (5)

05-03-2008, na_thiyah komen :

huu sedapnya kueh keria.. kat sini belum jumpa keria yang sedap..


05-03-2008, manja7272 komen :

hmm....nk tya....adunan yg dh dibentuk tu bukan ke nk kene goreng dulu sblm disira dgn gula?


05-03-2008, kakchon komen :

Tak perlu goreng dulu ke adunan yang telah dibentuk tu...


05-03-2008, haz_amon komen :

Aiseh......sorry yek...lupa laks nak tulis.....memang kena goreng dulu...saya dah edit dah. Terima kasih kerana menegur....


19-08-2008, elliya komen :

larh, senang jerw wat nye..ngatkan susah sangat nak wat nye....:)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu