oleh: Ringo Nasi Ketumbar @ Coriander Coconut Rice

2308460731_c8882311ce

resipi cipta sendiri selepas teringat nasi yg dijual kat Whole Foods Market, California tahun 2003-2004. ada lagi ker la ni?? kena tanya orang sana :D


Created on : 04-03-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 3 cawan beras (actually basmati is better but jasmine also nice)
  • 3 cawan air + 200ml thick coconut milk (kurang atau lebihkan air mengikut jenis beras yang digunakan)
  • 3 pokok ketumbar (ambik daun sahaja)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 cloves
  • 2 ulas bawang merah or 1/2 bawang besar (dadukan)
  • garam secukup rasa
  • 1 sb minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. basuh beras, toskan air.
  2. chop atau blend ketumbar dengan sedikit santan (sudukan dari campuran air dan santan)
  3. masukkan kulit kayu manis dan cloves kedalam minyak dan panaskan dengan api perlahan. masukkan bawang dan goreng sampai bawang agak2 jernih.
  4. masukkan beras, kacau. masukkan daun ketumbar dan santan, perisakan dengan garam. tanak seperti biasa.
  5. klu tak reti masak periuk biasa, boleh lah tuangkan 4. kedalam periuk letrik dan masak mcm biasa.
  6. sedap dimakan dengan sebarang sambal tumis, rendang dan juga kari seperti makan nasi lemak.

Tag

nasi herbs




Laporan Masakan Bergambar (1)

Nasi_ketumbar
10-04-2008
Yiehaaaaa kita dh buat...mmg walla! sedap, kita guna beras biasa jer..tp x hijau sgt len kali boh daun ketumbar tu bnyk sket ar..TQ kak Hani
Laporan oleh: Aziemas

Komen (11)

04-03-2008, nor_67 komen :

waah.. hani dah wat kluar kat sini resipi nasi hijau dia..


04-03-2008, Ringo komen :

hehehe K.Nor... makan ngan bawal masak sambal Lela mesti sedap nih... :D


04-03-2008, nor_67 komen :

haha.. combine ngan ikan bawal lela yer.. nak bodek ngan dia pun mesti dah habis..


04-03-2008, tulip77 komen :

uitt... dok jauh pun sambal tumis tak tinggal..hehehe.. akak angkut lada kering dr m'sia ke kak??? :D


05-03-2008, lelayong komen :

Sedapnya kak..nak trylah, lela kalau wat nasi goreng mesti tak sedap, tak tahu naper, pendek kata per2 yg menggoreng nih memang fail, camner ek kak..??? kak nor..isi ikan dah habis, tulang ikan tu nanti lela cari k, :D tanam n jadi buai ala-ala bawang putih bawang merah gitu, hik hik hik...


05-03-2008, nor_67 komen :

laju, buai ku lajuuuuuuu.. hehehe


06-03-2008, Hazel komen :

Hazel da masak da smlm, alhamdulillah jadi. SEDAP...., hazel sajikan bersama timun, telur, sambal tumis ikan billis & ayam goreng. Sorila hani tak sempat hazel nak ambil gambar nyer, da abis anak2 makan.


06-03-2008, Ringo komen :

Tulip, akak guna cili serbuk Korea yg diorang guna untuk buat kimchi. rendam dalam air panas jer... tak yah susah2 nak blend dah, terus tumis mcm biasa. senang :D


06-03-2008, Ringo komen :

Lela, nasi goreng klu nak cantik, kena bagi kuali tu panas dan berasap dulu, then tuang minyak, pastu baru goreng. minyak kena banyak sikit. klu letak perencah, goreng bagi agak garing dan naik minyak sikit, baru masuk nasi. sure jadi.


06-03-2008, Ringo komen :

Hazel, dah buat erk.... mmg nasi lemak kan?? :D


12-04-2008, suriany komen :

yeh yeh menjadi heheeh semalam buat nasi ni makan ngan kari ayam, sambal belacan, daun salad ntah ape mende tapi anak/hubby puji sedap. leh buat lagi hik hik hik tenkiu!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu