Google+

oleh: Hazel Ketam Bercili

Chilli_crabs_004

Resepi yg tlh hazel dapat dari seorg teman yg bertugas sebagai chef disebuah hotel...


Created on : 27-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Hazel




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 5-6 ekor Ketam Batu (Sri Lankan Crab)
  • 8 ulas Bawang Putih - dikisar
  • 15-20 Cili Kering - dikisar
  • 1/2 botol Sos Cili (size kecil)
  • 1/2 botol Sos Tomato (size kecil)
  • 2 sth Cuka (optional)
  • Garam & Gula (secukup rasa)
  • 2 biji Telur (dikocok)

Cara-cara

  1. Rebus/kukus ketam hingga kulitnya bertukar warna (kemerah2an)
  2. Selepas itu, kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya.
  3. Tumis bawang putih yg tlh dikisar hingga naik bau. Baru masukkan cili kering dan tumis hingga garing.
  4. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
  5. Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
  6. Tuangkan telur yg tlh dikocok. Biarkan 10saat. Baru balik2an ketam.
  7. Sajikan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar.

Tag

ketam

Laporan Masakan Bergambar (3)

Chili_crab
25-03-2008
Guna ketam bunga. Itu saja yg ada. Thanks for the recipe.
Laporan oleh: hazila

Hi Haliza, T'kasih kerna sudi mencuba resepi hazel. Camne rasanyer ok tak....????

Photo2372
07-03-2012
menu last sunday...makan ngn nasi putih panas.. memang terangkat!! TQ ye share resepi..
Laporan oleh: zai_fadilah
28
13-06-2012
Taraaaa!!! Sekor ketam yang sebesar talam telah siap dicilikan. Walaupun tanpa menggunakan sos namun kesedapannya tetap WALLAWEHHH!!! Thanks Hazel untuk resepi yg sedap ini.
Laporan oleh: ItaComey


Komen (5)

02-03-2008, lina_hasni komen :

nak tanya ckit kalu tak pakai ketam bunga tp ketam biasa leh ker....n boleh tak kedua2 sos tu di kurang kan dr 1/2 botol.


02-03-2008, Hazel komen :

Hi Lina, Bukan tak bole, tapi jika digunakan ketam Batu, ianya lebih enak. Kalau nak kurangkan sos, maka kenalah kurangkan isi ketamnye...


15-08-2009, annie deen komen :

leh ke kita makan ketam batu...


05-05-2010, put3_semi komen :

rasanya ketam batu tak leh makan sbb hidup 2 alam.. n dalam gabar tu kita sebut ketam bangkang.. sori klu silap..


07-03-2012, zai_fadilah komen :

zai guna ketam bunga je utk resepi ni.. hanya ni je yg ade kt Giant! hehhehehhe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd