oleh: sofinar kek coklate kukus simple

Kekcklt

resepi dari kawan yang pi kursus subjek ERT di sekolah. cubalah memang best


Created on : 26-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 orang boleh makan )

  • 2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan sebuk koko
  • 1 cawan minyak masak/ minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred B
  • 2 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan air panas

Cara-cara

  1. panaskan pengukus
  2. campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati
  3. bila dah sebati masukkan air panas. dan putar lagi
  4. bila bahan di putar sebati masuk dalam acuan yang digris dgn minyak dan bolehla di kukus kira-kira 45 - 60 minit
  5. kawan2 jgn putar lama2 sangat dgn mixer tu asalkan dah sebati kira ok laa

Tag

kek



Laporan Masakan Bergambar (1)

Pix_122_
27-02-2008
inilah hasilnya selepas mencuba..yummy..sodap, kurang manis.tqvm sofinar.
Laporan oleh: buttercups

ya memang kurang manis, bagi yang suka manis tu tambah gula sikit, tq buttercup sebab cuba


Komen (12)

26-02-2008, sfaizah7 komen :

tak sabar nak tunggu resepi keluar ni.. chaiyok! chaiyok!


26-02-2008, sofinar komen :

ok dah siap, sfaizah boleh salin sekarang, dan jangan lupa cuba


26-02-2008, intan_zabidin komen :

nak tanya nie...acuan kek x payah tutup ngan aluminum foil ker...


26-02-2008, sofinar komen :

lupa pula acuan kek tu griskan dengan minyak masak aje


26-02-2008, liana_pg komen :

ermm sedapnya kek coklat...resepi nih sama lah yg akak i kasi pd i...tapi bakar...yg ni kukus plak..bleh cuba nih...mmng senang pon watnya...semua pkai campak je dlm mangkuk...hehehe


26-02-2008, ayla komen :

hampir sama dgn resepi kek kukus roha yg femes di rnet ya..cuma susunya susu pekat...


27-02-2008, zla komen :

paling senang punya kek kukus...bolelah cuba mlm kang...


27-02-2008, fatinz komen :

sof.......ye la x yah tutup ngan aluminium foil ke.......cepat la jwp, x sabar nk wat dah ni. 1.3 birthday hubby ..


27-02-2008, buttercups komen :

sy try buat kek ni ptg td..hmm..yummy..sedap la, rasa pon x manis sgt.tq sofinar


27-02-2008, kayiman komen :

ayla...rnet tu ape?boleh bagi full web dier...timekasih


12-03-2008, anit komen :

smlm sy dah cuba...tapi tmbh srbk nescafi . sedap dan lembut tapi krg manis. tq


17-03-2008, CuteMum komen :

dah print, tapi tak tau nak test bila.tapi rasenye kek ni sedap dan sesuai untuk orang yang terlalu sibuk dan ada baby mcm I.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu