oleh: irose Ayam Serai Pedas

Ayamserai

Resepi simple citarasa Thailand


Created on : 11-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar)
  • 6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar)
  • 1 camca sos ikan (sos nampla)
  • 1 camca sos tiram
  • Secubit gula dan sedikit ajinomoto
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)

Cara-cara

  1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

Tag

ayam




Laporan Masakan Bergambar (2)

Ayamserai
01-12-2006
sedap dan pedas.. fuhh!!
Laporan oleh: vdia
Copy_of_imgp4336
28-01-2008
ini la dia ayam serai pedas yg saya masak. saya kalau mkn mmg suker kuah banyak... sedap!
Laporan oleh: tuberose78

Komen (13)

12-10-2006, irose komen :

Gambar nanti saya uploadkan kemudian ye! Try la.. sedap!!


20-10-2006, cikniey komen :

sos ikan tu macam mane ek?xtau la....


01-11-2006, irose komen :

Sos ikan tu boleh didapati di supermarket. Kebanyakkan imported from Thailand, so label tu tulisan thai.. gambar pulak sama ada gambar ikan atau gambar sotong. sama jer. Ada jugak yg keluaran tempatan, klu x silap jenama Cap Pisau.


06-12-2006, perdana komen :

irose klu x letak sos ikan blh ke atau ganti dgn bahan lain


06-12-2006, irose komen :

Boleh.. tp tak sedap tanpa sos ikan. Sos tu yang menyedapkan resepi ni.


22-01-2007, angela komen :

nampak macam sedap. sos ikan tu saya ganti dengan kiub ikan bilis. tapi apesal saya buat, jadi tomyam`?


28-01-2007, irose komen :

Angela, may be u letak banyak air kot? Sbb air yg diperlukan sedikit jer, tak perlu banyak... just nice utk masak ayam tu jer.


30-01-2007, Miss_Fieqa88 komen :

sos ikan tu rupanya mcm mana? blh x ganti dgn brg lain? kalau xletak, xblh ke?


17-05-2007, sedap komen :

nak tanya sos ikan nampla tu kat kedai biasa ada tak atau kat super nama dia memang sos namplaka


20-05-2007, irose komen :

tak tau ler kalau ada nama lain tapi saya sekeluarga memang panggil sos nampla @ sos ikan. supermarket normally ada... di bahagian sos. kalau tak jumpa, saya suggestkan anda bertanya dengan salesgirl. sekarang ni dah ada sos ikan Cap Pisau (brandname).. kalau dulu diimport drpd Thailand, botol yg ada gambar ikan atau sotong tu. kalau tak letak, rasanya x mengancam.. tapi cubalah try.. and then blh share dgn saya...


09-11-2007, alyafariha komen :

sy dah try tp xsmpt nk amek gamba, housemate dah serbu. its delicious! mase rebus ayam baunye mmg cm tomyam.tp bile da siap,sedap!


27-01-2008, ajafida komen :

tp sos ikan tu xelok mkn kan? kerajaan pnah xbg.. bhn kimia tggi.. klu xslap


23-06-2008, ainsalsabila komen :

macam best ... btuy ka sos tuh bahaya .. ?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu