oleh: shafiqfarhan Daging Goreng Berlada Hitam

Pa100014-2

Masakan orang darat, masa buat 15:34 minit sahaja, resepi daripada bakal isteri ketigaku.


Created on : 11-10-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 1/2 Orang )

  • Daging 500 gram
  • 4 camca besar minyak masak
  • 40 gram perencah maggi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
  • 1 cawan air
  • 5 batang kacang panjang dipotong 3 cm

Cara-cara

  1. Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
  2. Rebus daging dengan secawan air
  3. Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
  4. Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
  5. Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
  6. Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
  7. Goreng selama 1 minit. Itu saja! :)

Tag

daging




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

11-10-2006, shafiqfarhan komen :

Huii... korang mesti buat! Hangat!! :)


11-10-2006, Fahmic99LE komen :

Huiii.. Lazatnya.. Bulan2 puasa ni sedap ni..


11-10-2006, emy_den komen :

haiiii shafiq...sebenarnya kan tumbuk lada hitam 2 sudu lagi sedap utk ganti perencah maggi tu..perencah tu tak elok utk kesihatan tau...


11-10-2006, sfwtie komen :

ni mesti resepi org bujang nie..bahan2 nk masak pun simple jer...siap perencah maggi gitue...


17-10-2006, shafiqfarhan komen :

Haiii kembali emy_den! :p Ooo.... cam tu ek... tak tau la pulak... 2 sudu lada hitam... hmmm nanti kita buat yang lain, cuba guna petua yang u bagi... TQ! :) .... dan buat sfwtie... ye kamu betul 100%!... hehehehe...


04-02-2007, tikustie komen :

macam best jer... tapi saya maybe guna lada itam tumbuk kut


23-08-2007, eclipselady komen :

guna lada hitam tumbuk lagi ummphh... kalau ada sos lada hitam pun masyuk gak.. pekat ja...


16-05-2008, juerin komen :

err.. camne nak kasik kuah pekat ek?? guna tepung jagung buleh ke?? nak try nih tp mcm konpiuslaaaa...


25-06-2008, wawatif komen :

ok jerr...nampak cam sedap jerr..nti kite try dlu errk..!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu