oleh: onigiri Muffin Coklat Oreo

P1050295

resepi olahan sendiri


Created on : 13-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sesuai untuk kanak-kanak )

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula ( boleh dikurangkan 1/2 cawan gula jika tidak mahu terlalu manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Beberapa titik esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 keping biskut Oreo dicincang kasar

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak, kacau hingga sebati. ( hanya menggunakan senduk kayu atau spatula)
  2. kemudian larutkan gula didalam air suam tadi dan curahkan dalam mangkuk adunan dan masukkan biskut oreo yang telah dicincang tadi, titik kan sedikit esen vanila serta kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  3. sendukkan adunan di dalam mangkuk kertas, pastikan adunan kek hanya separuh acuan dan bakar pada suhu 170 darjah selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz mangkuk kertas.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (13)

13-02-2008, sofinar komen :

best ni anak mesti suka


13-02-2008, sofinar komen :

soda tu 1/2 sudu kecil ke onogiri?


14-02-2008, nor_67 komen :

kita baru je buat slice cheese cake dia, dah wat kluar resipi baru.. muffin pulak tu.. sedap je nampak...


14-02-2008, onigiri komen :

to sofinar, aa soda tu setengah sudu kecik je, dah edit dah kt ruang bahan-bahan dia tu.


14-02-2008, onigiri komen :

kak Nor, saje je buat muffin ni semalam nak bg anak makan, so kena lah kreatif gak guna bahan ape yang ade...hehehhe


14-02-2008, arma komen :

Assalamualaikum..i nak msukkan resipi, tp x leh save bahan2 & cara.. Proxy error..apsal ek?? Tulunnnn..


15-02-2008, Luqman komen :

Semalam saya try buat, kenapa x naik cam akak punya, pastu x gebu.Kesian huby saya tunggu sampai naik.Letak separuh, separuh tulah yg msk.X naik2.apa yg kurang ye...tlg kak,Huby suka mkn muffin.


15-02-2008, onigiri komen :

ala kesianye, camne tak naik ek, sbb saya buat naik je, sampai ade tu membuak-buak, camnilah Luqman, ape kata you tambahkan kuantiti baking powder tu jadi 2 s/k dan tambahkan juga kuantiti soda bikarbonat tu pada 1 s/k n klu nak try pakai tepung kek pun boleh, lg satu klu nak kek tambah gebu tu Luqman boleh letak 1/2 s/k ovelette, try lah ye, mane tau menjadi lepas ni...good luck ye..jgn give up


15-02-2008, Luqman komen :

Tulah kak, kesian kat huby saya.Dia memang jenis suka makan muffin time2 balik keje, tp muffin saya x berapa jadi, waaaaaaaaaaaaaaaaa sedih. Tak pe mlm karang saya try buat lagi.Bahan2 masih ada lg.Nanti saya hantar report kat akak ye..thanks


15-02-2008, nor_67 komen :

mungkin luqman terlebih mix tak, sbb tu muffin tak naik.. sbb biasanya cik muffin tak suka org mix dia lebih2... maaf ye terlebih pandai pulak k.nor ni.. oni, nak tanya tak apa ke kalau letak bp dan sb lebih2, tak pahit ke nanti..


15-02-2008, onigiri komen :

klu baking powder ok rasanya tp soda bikarbonat tu kena jaga-jaga lah, pada Luqman try ikut resepi tu dan tambahkan baking powder je ek...n Kak nor takpe tlg jawabkan soalan Luqman tu, kita kan same2 belajar, Muffin mmg takleh over mix, agak dah sebati tu kira ok.terus bakar..ye.


06-03-2008, rosshi komen :

salam, origin...rasa mcm nak try wat la muffin awak nie..tapi kalau saya nak tukarkan biskut oreo ke coco crunch boleh tak,kena ejas tak cara-caranya dan bahannya,,..saya rasa boleh kot...try dlu lah.....


06-03-2008, onigiri komen :

aa boleh rasanya tukar oreo ke coklat coco cruch tu sbb biskut oreo tu sebagai bahan sampingan aje, nnt jgn lupa letak repot ye....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu