oleh: sofinar Roti Benggali

Rtbenggali

Kalau pekena dengan kari mamak nasi kandar kat penang ni memang terangkat


Created on : 12-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Bahan A
  • 350g tepung roti
  • 1 sudu besar shortening
  • secubit garam
  • Bahan B
  • 120 - 160 ml air suam
  • 1 sudu makan yis serbuk
  • 2 sudu makan gula castor

Cara-cara

  1. Bahan B digaul bersama
  2. Semua Bahan A digaul sebentar
  3. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
  4. Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
  5. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  6. Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
  7. Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

Tag

roti



Laporan Masakan Bergambar (1)

Roti_benggali
27-02-2008
kenyang betul makan roti nih :)
Laporan oleh: tulip77

sekarang ni orang melayu buat jd roti melayu lah yer, tq for trying, tahniah kerana kekenyangan


Komen (4)

15-02-2008, mrsperfect komen :

sofinar, camna nak dapatkan warna keperangan kat atas roti tu yer?


15-02-2008, ana2 komen :

mrsperfect,cuba biarkan roti dalam oven selama beberapa minit.cara ni boleh jadikan roti jadi perang


18-02-2008, che'iza komen :

kalau pakai tepung gandum biasa dia jadi gebu mcm tu gak tak?


03-03-2008, tulip77 komen :

i pakai tepung gandum jek... tp mmg kena tambah emplex & bread improver nk bg lembut :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu