oleh: Ringo Chocolate Waffle Cookies

Img_94371

Resipi asal dari marthastewart.com yg telah diubah suai. kegunaan lain untuk menyibukkan waffle maker anda :D


Created on : 10-02-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 40 biji )

  • 2 bar milk chocolate (saya guna Meiji Milk Chocolate 70gm/bar)
  • 200gm butter
  • 4 biji telur size L
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sk vanilla esen
  • 1 sk serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 cawan serbuk cocoa (pure)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sb gula tepung (untuk hiasan)

Cara-cara

  1. Pecahkan chocolate bar, masukkan dalam milk pan, cairkan menggunakan kaedah double-boil. tambah butter yang dipotong dadu. kacau biar cair semuanya, angkat dari api, biarkan sejuk sebentar.
  2. Ayak bersama tepung, cocoa powder dan cinnamon.
  3. Campur gula, telur dan vanilla kedalam mixer bowl dan pukul menggunakan paddle attachment dalam speed sederhana selama 4-5 minit. Turunkan speed ke low, masukkan 1 kemudian masukkan campuran tepung tadi. Bila dah sebati, hentikan mixer.
  4. Panaskan waffle maker, spray dengan minyak. Letakkan adunan sebesar 1 sudu besar (klu suka besar2 pun boleh) dan bakar seperti membakar waffle selama 1 1/2 - 2 minit setiap batch. Bila sudah masak, cookies mmg lembut. jgn risau. Lepas tu dia akan keras bila sejuk. Letakkan diatas redai. Bila dah sejuk bolehlah tabur powder sugar, ataupun mengikut resipi asal, Martha coating dengan chocolate sebelum tabur powder sugar.
  5. Note: My measure cup is US version, 1cup=240ml, so make sure to add extra if your's 1cup=200ml




Laporan Masakan Bergambar (3)

Muffin
12-02-2008
teringin nak wat waffle wpun takde WM.. at last terpaksa tukar jd muffin.. hahahah
Laporan oleh: yani

wahhhh... kreatif nyer. ciut jer....

Dscf1583i
12-02-2008
dah siap pun hani my waffle,i ubah sikit the recipe,mmng sedap,TQVM
Laporan oleh: lemongrass

TQ kerana mencuba :D cantik ler bentuk dia....

Img_2355
12-02-2008
hehehe.......yatta!!! bestlah kak hani :-D, baru beli WM td nilah hasilnyer... tq sedaplahh....
Laporan oleh: Natto

Ika dah mengganaz dengan toy baru... bagus nih... jadi finger cookies, sesuai untuk budak2 ;-)


Komen (11)

10-02-2008, nor_67 komen :

alahai hani, WM tak de lg nih.. camna nak menyibukkan diri.. hehe


11-02-2008, mrsdayat komen :

huu...sungguh menggoda jiwa nih. mmg nak kna carik WF la pesni jawabnyeee...=)


11-02-2008, Nur Aiziah Nurdin komen :

xde waffle maker boleh guna sandwich maker


11-02-2008, ct_a komen :

ct pun x ada lagi waffle maker tu..s.maker adalah..


12-02-2008, sofinar komen :

baru redempt kad mesra untuk WM, tak sabar nak tunggu dia sampai nak try your resepi


13-02-2008, mrsdayat komen :

wlaupun xdak


13-02-2008, mrsdayat komen :

AIYOOK..tersend plak..ekekee..nk tulih wlaupun xde WM lg..just nk tnyer..mmg kna spray minyak dulu ek..-)


13-02-2008, Ringo komen :

naper tak nampak komen erk... bila pi kat tempat nak edit baru nampak komen2....


13-02-2008, Ringo komen :

haaa... baru nampak :) yess... >> K.Nor takpa.. koikoi dulu, jamu mata. nanti dapat toy, mengganaz la puas2 :D >> Nur Aiziah, cuba la. nanti letak report... dajugak kawan2 takder wm, ada sm jer... klu jadi, boleh ura2kan. >> Nani, ikut wm jugak. klu jenis nonstick tu mungkin tak payah. akak letak jugak sikit sebab macam melekat sikit cokelat kat wm tu. klu tak der spray tu, guna brush pun OK, tapi jgn guna yg nylon, nanti hangus, kerinting terus bulu2 tu.


13-02-2008, hunny komen :

sofinar,redempt yg kad mesra real reward tu ke? sapa2 yg x de WM cam saya nih,jom kita wat cm yani...


27-03-2008, nor_67 komen :

sofinar, dah sampai ke WM tu? boleh beritau rupa dia kat dalam camna.. duk angau WM yg tak sudah2 lg ni.. huhu..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu