oleh: by1979
Macaroni Goreng Sardin
No picture
Sy create sendiri, sbb ayah suka sardin dan diye hanya suka macaroni
Created on :
06-02-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( Lebih kurang 5-6 orang makan )
- Setengah peket macaroni (Rebus dan toskan). Semasa air sedang menggelegak, baru titiskan a few drops minyak, then baru masukkan macaroni. Kalau masukkan air bersama-sama minyak, baru didihkan, air lambat menggelegak dan minyak akan terapung di atas).
- 3 ulas bawang putih (agak-agak saiz nya)
- 1 ulas bawang merah (besar sikit saiz nya, untuk dptkan rasa manis)
- I batang Carrot (dipotong dadu)
- i tin sardin (sederhana) - asingkan isi dan kuah nya
- Cili boh - agak2, ikut tahap kepedasan
- Garam + gula.
Cara-cara
-
Tumbuk bawang putih dan merah (jgn sampai hancur)
-
Panaskan kuali. Tuangkan minyak masak. Apabila panas, masukkan bawang yg ditumbuk tadi. Tumis hingga kekuningan
-
masukkan cili boh. Goreng sehingga naik minyak (garing) - untuk mengelakkan sakit perut. Apabila garing, masukkan ikan sardin sahaja).
-
masukkan kuah tomata (dlm tin sardin). Jangan masukkan semua. Nanti masam sangat. masukkan carrot. Tambah sedikit air + garam + gula. Secukup rasa. (kalau suka, boleh letak sikit sos cili LIFE. Brand lain tak sedap. Nanti akan terasa manis nye... lagi sedap).
-
Agak2 kepekatan kuah dah ok dan carrot pun dah masak, masukkan macaroni yg telah disejukkan (dibiarkan di luar, jgn masuk peti ais pula ye). If masuk semasa macaroni masih panas, macaroni akan hancur dan akan berair. Kacau sehingga rata, seperti biasa membuat mi/mihun/kueytiow goreng
-
Rasa la secukup nya dan boleh dihidangkan...
Tag