oleh: AlongRoz Kek Ubi Kayu

Kek_ubikayu

Kek yg gebu & rasa yang unik - favourite seisi keluarga. Juga sambutan luarbiasa di office. Resipi dari Mesra.net


Created on : 28-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 9 inchi persegi )

  • 1½ cawan (375g) Mentega
  • 1½ cawan Gula Halus
  • 5 biji Telur
  • 1½ cawan Tepung
  • ½ tin Susu manis
  • 1 sudu makan Baking Powder
  • 3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
  • 1 sudu makan Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
  2. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.

Tag

kek




Laporan Masakan Bergambar (4)

Step_by_step_900
29-01-2008
Sedap dan lembut....sapa sangka ubi kayu boleh di"magic"kan jadi kek..thanks AlongRoz...xcelent recipe!!!!
Laporan oleh: Mat Gebu

Tkasih sbb Cik Mat sudi cuba (p/s Along try muffin blueberri cik mat to komen pun.....)

Kek_ubi_kayu
16-02-2008
Baru je jumpa ubi kayu..memang sedap, lembut, gebu dan moist..tp k.nor dah kurangkan gula.. thanks along..
Laporan oleh: nor_67

Tkasih mencuba. Cantik nya acuan.

Kek_ubikayu
23-02-2008
Sedap. Cam kak nor, saya kurangkan gula sikit. TQ
Laporan oleh: hazila

u r welcome :-)

Dsc05081-1
27-07-2008
TK utk resipi yg hebat ni. Atas Ranggup, Dlm wangi & lembut, Sedap! A MUST keep resipe. TQ
Laporan oleh: chiany2605

Wow mmg hebat kan...!


Komen (27)

28-01-2008, nor_67 komen :

along pakai ubi kayu yg warna kuning ke sbb tak nampak ada pewarna kuning yg digunakan


28-01-2008, AlongRoz komen :

Along letak beberapa titik warna kuning...dah update kat cara 1.


28-01-2008, nor_67 komen :

ok, thanks..


28-01-2008, nor_67 komen :

nor dah pernah makan lama dulu..memang sedap kek ni.. boleh try wat ni..tq


28-01-2008, AlongRoz komen :

nor mesti cuba resipi ni, tak nyesal punya.


28-01-2008, nor_67 komen :

insyaallah tp kena cari ubi kayu dulu..


28-01-2008, Mama chombi komen :

Hmm nampak mudah..nak cuba lah jugak kalau dapat ubikayu.


29-01-2008, AlongRoz komen :

Along beli ubikayu RM1 kat pasar boleh wat 2x. Mudah tapi amat memuaskan.


29-01-2008, nor_67 komen :

aaaaa cepat nya che mat buat!!! kita tak jumpa ubi kayu pun lg...


29-01-2008, Mama chombi komen :

RM1 !! Wow murah gila. Untung betul org Malaysia ni kan :)


29-01-2008, Mama chombi komen :

Mat Gebu, yg kat atas putih putih tu apa?


29-01-2008, ainaibu komen :

amboiii...berangin satu badan nih.... sedap nii...


29-01-2008, Mat Gebu komen :

mama combi, yg kat atas tu saja mat ayak sedikit gula aising, buat lawa2 sebab nak masuk sini...yg utk makan, tak letak pun, biar "bogel" jeek...


29-01-2008, sofinar komen :

mak i pun pernah wat kek ni memang sodap


03-02-2008, zura5777 komen :

zura dah try resepi ni 2 kali... memang sedap... First time buat, tak sempat ambik gambar... hehe... Nanti zura letak gambar kat sini... thanks for the great recipe!


16-02-2008, daunpandan komen :

Along , ubikayu tu nak tapis berapa lama , tak kena perah ke ? Dah telan air liur ni...


17-02-2008, AlongRoz komen :

daunpandan, sekejap je tapis tu nak buang air pahit je. Tak payah perah, selepas parut terus letak atas penapis santan, nanti air dia menitis sendiri. Sambil2 tu dah boleh buat persediaan kek.


17-02-2008, nor_67 komen :

sapa2 yg tak buat lagi, buat laa.memang amat sedap.. hehe tolong promote .. tp pd yg kurang suka manis tu kurangkan sikit gula, ya.. maaf ye along


18-02-2008, AlongRoz komen :

Alongpun ingat nak buat lagi lah...hb asyik sebut2 je, sedap sgt tak puas mkn hari tu. Pada Along manis nya just nice tapi terpulang lah selera masing2, boleh adjust gula tu.


10-04-2008, Itarossi komen :

dah buat semlm, sedap! tp knp a little bit oily? mmg cam gitu ke?


01-05-2008, umiza komen :

Memang sedap.Baru petang tadi buat. Tapi saya cuma gunakan 250gm mentega dan 1 cawan gula.Lepas tu saya bubuh parutan kulit lemon 1 biji dan perah airnya ke dalam kek ubi tadi. Harum baunya dan sedap. Siap bagi jiran lagi. Sorry tak masukan gambar. Tak pandai nak attach.


01-05-2008, umiza komen :

Nak tambah lagi. Kenapa laporan tanpa gambar tak ada komen yang dibalas.


28-05-2008, AlongRoz komen :

Itarossi, sepatut nya xlah berminyak sgt. Next time timbang betul2 k.


28-05-2008, AlongRoz komen :

umiza, bagus idea tu. TQ 4 sharing. Jgn marah lambat jwb. Tak nampak le komen xkeluar. Admin kena upgrade sikit system kat sini.


09-06-2008, rabiatun komen :

tak pernah lak rasa kek ni.boleh try ni.tq along. Kak nor, mana cari acuan kek kak nor kat dlm laporan tu...cantik la.


09-06-2008, nor_67 komen :

knor beli kat k.trg tu rabiatun..


08-07-2008, mariakl komen :

Along, kek ni memang sedap n tak sangka ubi kayu pon bole jadi kek gak..tima kasih bagi resepi n ari tu ada wat eksperimen tukarkan ubi kayu dengan labu, tapi pada saya rasa ubi kayu lebih sedap dari labu..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu