oleh: Mat Gebu Kari Rebung Dengan Udang

Step_by_step_860

Sedap dimakan dengan nasi, roti canai, roti paun dan lempeng tepung


Created on : 20-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 600 g udang galah (boleh guna udang jenis besar yang lain), dibersihkan, cuci dan tos.
  • 400 g rebung
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1 camca besar kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 camca besat rempah kari ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah kecik
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji buah keras (optional)
  • 1 kiub pati ikan bilis "MAGGI"
  • BAHAN UNTUK DITUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah kecil, hiris halus
  • 2 biji bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 camca teh halba

Cara-cara

  1. Step_by_step_858
    Celur rebung 3/4 lembut. Toskan dan kelar halus2 tapi jgn putus (seperti dalam gambar). Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar halus, serbuk lada hitam dan serbuk kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan rebung dan udang, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih masukkan kerisik dan pati santan. Kacau rata. Biar mendidih atas api perlahan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula (jika perlu). Biar mendidih lagi 2 - 3 minit atau hingga rebung lembut. Rasa kuahnya jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam2man..

Tag

udang




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

20-01-2008, jaja78 komen :

wah mat gebu ni kreatif la..... mesti sedap kari udang campur ngan rebung .... ni kena cuba.......


20-01-2008, nor_67 komen :

seronoknya che mat, selalu dapat makan udang galah.. udang2 lauk favorite sy ni.. buat terliur lak..


21-01-2008, hasriza komen :

wah mat gebu...sedapnye tgk udang yg besar2 tue...mat nie mmg pandai masak la...


23-01-2008, Mat Gebu komen :

Masak semua org pandai...mat pun byk belajar dari MR da blog2 tukang masak lain...Terima kasih pada mereka semua kerana tak lokek ilmu masak2 nie....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu