oleh: nor_67 Mihun Rebus Ala Kampung

Mihun_rebus_kampung

bagus utk org demam dan yg tak demam


Created on : 06-01-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 - 7 org )

  • 1 bungkus mihun - celurkan sekejap
  • 300gm isi ayam
  • * 300gm isi ikan (selayang ke, tenggiri ke, ikut suka)
  • * 1sk tepung jagung
  • * 1/2 sk garam
  • * 1sk serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • telur (ikut suka letak berapapun/ikut bilangan org yg nak makan)
  • 2 - 3sb lada hitam - ditumbuk
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 liter air
  • sayur sawi, taugeh, carrot, jagung muda dan tomato
  • daun saderi
  • #utk lada kicap:
  • 5 biji lada merah (kalau yg suka pedas bolehlah guna cili api)
  • 5sb kicap manis
  • 4 sb cuka

Cara-cara

  1. Mihun yg dah dicelur hendaklah direndam sekejap dalam air sejuk biasa. Ini adalah supaya ia tidak melekat antara satu sama lain nanti. Setelah itu toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam yg ditumbuk. Kacau sekejap hingga naik bau dan masukkan isi ayam. Kacau..
  3. Masukkan air kedalam periuk dan masukkan garam dan kiub pati ayam. Sementara ia mendidih kita buat bebola ikan.
  4. Utk buat bebola ikan*, ambil isi ikan (buangkan semua tulang yg kasar maupun yg halus). Utk kerja lebih senang bolehlah guna ikan tenggiri. Saya lebih suka guna ikan selayang kerana isinya lebih manis jd kuah mi ini akan lebih sedap.
  5. Tumbuk isi ikan hingga lumat, lepas tu barulah gaul sebati dengan tepung jagung, sebuk lada hitam dan garam.
  6. Bila kuah mi sudah mendidih, gentelkan isi ikan tadi menjadi bebola (sebesar guli) dan masukkan kedalam periuk. Buatlah hingga habis dan tunggu kuah mendidih semula.Bebola ikan akan naik terapung bila ia masak.
  7. Masukkan telur satu persatu tp jgn kacau biar ia masak lama sikit supaya telur tak pecah dan masukkan gula sebagai penambah perisa.
  8. Masukkan sayur2an yg telah dipotong kecuali tomato. Biarkan sebentar barulah dimasukkan tomato dan bolehlah padamkan api. Ini supaya tomato tak lembik sangat.
  9. Utk membuat lada kicap, hiris lada merah nipis2 dan gaulkan dengan kicap manis dan cuka. Lada kicap ni lah yg akan menambah keenakan mi rebus ini
  10. Utk menghidang, masukkan mihun kedalam mangkuk dan cedukkan kuah bersama sayur2an, bebola ikan, ayam dan sebiji telur keatasnya. Taburkan daun saderi yg dihiris halus.. dan hidangkan bersama lada kicap...
  11. Mi ni juga rasanya sesuai utk org dalam pantang juga kot.. sbb banyak guna lada hitam..
  12. Selamat mencuba...

Tag

mi rebus




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

07-01-2008, salmie_8580 komen :

mana bahan2 nye ni


07-01-2008, salmie_8580 komen :

sori nor, td masa mula2 buka xde bahan2 la. skrg dah ada


09-03-2008, aa_iezah komen :

k.nor nk tnya mihun rebus ala kmpg ni sama dgn resepi mee calong ke? sbb mee calong pun ada taruh bebola ikan gak, pls nak tau sama ke ?


10-03-2008, nor_67 komen :

lebih kurang la tu aa_iezah.. mesti aa_iezah org trg kan sbb kat trg je rasanya org panggil fishball homemade tu calong.. tak tau lah kalau kat negeri lain pun ada panggil gitu.. :)


10-03-2008, aa_iezah komen :

sya bkn dr trg k.nor tp hubby mmang org pntai timur, 2 yg tau gak sket2 masakan sana sbb hubby skali skala nk mkn gak makanan nogori die..tp klu x silap sblah utara mee calong ni ni dipanggil mee celup.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu