oleh: nor_67 Cornflakes Chocolate

Cornflakes_choco

boleh dibuat sbg kuih raya ataupun snek sambil tengok tv


Created on : 26-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

  • 1 kotak besar cornflakes(325gm)
  • 1 sudu besar madu
  • 5 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 6 bar cooking chocolate/450gm
  • 3 sudu besar peanut butter *optional
  • papercup secukupnya
  • manik hiasan jika suka

Cara-cara

  1. Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair
  2. Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
  3. Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cornflakes dan kacau hingga sebati dan padamkan api.
  4. Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan. *Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.
  5. Kalau nak cepat atau sbg snek sambil tengok tv , bolehlah masukkan terus dari kuali ke dalam bekas kedap udara. Biarkan sejuk barulah ditutup.
  6. Bila nak makan, bolehlah cedukkan kedalam mangkuk kecil sambil menonton tv
  7. Saya ada hantar cookies ni dalam bekas kuih(plastik) ke anakanda saya di oversea dan dia buat breakfast dengan ni. Senang dan cepat katanya
  8. Cubalah.. insyaALLAH sedap..

Tag

cookies




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

31-12-2007, still_here komen :

slm... boleh tny sket... biler yg nk msk yg cooking chocolate tu??? tq


31-12-2007, nor_67 komen :

oops sori.. terlupa nak mention bab cooking chocolate tu.. saya dah pun edit resepi.. tq kerana bertanya... slmt mencuba..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu