Ada resepi menarik, ada masakan yang mana anda berminat untuk di kongsi bersama.
Jom kita sama-sama berkongsi resipi di web ini. Mudah saja, Daftar (percuma) dan kemudian isikan resipi-resipi anda tersebut, dan selepas itu nantikan komen-komen
daripada mereka yang mencuba resipi anda itu. Pendaftaran adalah percuma tak perlu bayar apa-apa pun.
potong kulit pohpiah kepada empat bahagian. ble juga ikut saiz yang disukai.
setelah dipotong mengikut saiz yang disukai bolehlah digulung sehelai demi sehelai sehingga habis. gunakan putih telur untuk menlekatkan gulungan.
setelah habis digulung bleh lah di goreng jangan sampai hangus.... sebab batang buruk nie sekejap jer dah masak. lepas habis goreng sejukkan dulu yer
kacang dhal tu kisar sampai halus. lepas dah kisar halus tu gorenglah di dalam kuali tanpa minyak. tapi jangan lama sangat yer nanti batang buruk kita jadi pahit. kuali yang kita guna pun jangan panas sangat baru letak kacang dhal tu... rosak resepi kita ni... hahahah mengikut pengalaman saya hehehhe
setelah sejuk kacang dhal tu campurkan dengan gula halus dan susu tepung. campurkan mengikut selera masing-masing yer....... kalau nak rasa lemak lebih tambahkan susu tepung lebih sikit yer
dah selesai buat langkah no.5 ambil kulit pohpia yang kita dah goreng tadi dan campurkan dengan serbuk kacang dhal yang kita dah campur dengan gula dan susu tepung tadi yerrr......