oleh: sofinar Pulut kacau Pmtg che tak

Dsc01195

Resepi tok saya, orang utara panggil pulut kacau la tapi negeri lain panggil wajik


Created on : 24-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sesuai untuk hari raya & kenduri )

  • 500g pulut - rendam semalaman
  • 500g gula merah
  • 100g gula putih
  • 1 1/2 biji kelapa - jadikan 2.5 - 3 gelas santan. kalau bolehtu jangan pakai santan kotak sebab tak berminyak
  • 2 gelas air
  • Daun pisang

Cara-cara

  1. kukus pulut hingga masak
  2. masak gula merah dan gula pasir dengan air hingga hancur dan tapis.
  3. masuk santan dalam air gula yang ditapis masak hingga agak pekat, kalau boleh tu kacau2 lah selalu
  4. masukkan pulut, kacau hingga sebati
  5. bila pulut dah nampak bersalut dengan gula, angkat
  6. lapik dulang atau loyang dengan daun pisang, tuang pulut kedalam loyang atau dulang dan mampatkan dengan daun pisang agar pulut kejap
  7. bila nak makan potong aje..

Tag

kuih-muih



Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

24-12-2007, nurulainada komen :

minta tolong ..bole bagi sukatan gelas tu dalam ml...


24-12-2007, Delila komen :

amboi....jauh mai no...pmtg cik tak nun...hehehe....ingatkan mai dari lahaq kepaq..hehehe..tak pun sungai chena'am..sofinar...del belah perlis kami panggil pulut kucai...hehehe..penat ooo nak mengucainya...


24-12-2007, sofinar komen :

minta maap nurul ni resepi org dulu2 depa main agak-agak aje, pakai je gelas yang ada kat umah u tu


24-12-2007, sofinar komen :

tak jauh sgt lah del sebelah dgn sg lokan aje, kucai-kucai jgn tak kucai nanti hangit


01-01-2008, nurbalqis81 komen :

pmtg che tak? maksudnya?


04-01-2008, sofinar komen :

permatang che tak nama tempat, iaitu kg tok i, dia yg bg resepi ni so i namakan sempena nama kg tu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu