Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Biskut Bebola Flinestone

 Submitted By On 13 December, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Biskut untuk raya haji ni.

Ingredients
  • 350 gram tepung gandum
  • 120 gram tepung kastad
  • 225 gram mentega
  • 120 gram gula perang (yg halus) kalau kasar kisar dahulu.
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat.
  • Kacang untuk inti.Boleh guna kacang tanah,hazel atau badam.Panngang kacang terlebih dahulu.
  • Coklat masakan
  • Coklat putih
  • Sedikit lemak sayur
Instructions
  1. Ayak tepung gandum, tepung kastad, baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.

  2. Pukul gula perang dan mentega hingga kembang.

  3. Masukkan kuning telur , golden syrup dan esen vanilla,kacau sedikit.

  4. Masukkan campuran tepung dan uli hingga rata.Bentukkan menjadi bulat kecil-kecil.Isikan inti kacang ke dalamnya.Buat hingga habis.Letakkan ke atas baking paper.

  5. Bakar dalam oven hingga masak.

  6. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Masukkan sedikit lemak sayur.Kacau hingga ia cair, kemudian alihkan dari dapur.

  7. Celup biskut ke dalam coklat cair tadi.Celup bahagian atasnya sahaja.Bahagian tapak tak perlu celup. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.

  8. Cairkan pula coklat putih secara double boiler.Masukkan sedikit lemak sayur.Setelah cair,masukkan coklat putih ke dalam piping bag.Corakkan ke atas biskut.

  9. Boleh juga gantikan coklat putih dengan manik atau decorative sugar,tapi pastikan tabur semasa coklat masakan masih cair.

  10. Biskut ini boleh juga jika tak letak dalam mangkuk kertas.Saya letak supaya ia nampak seperti 'ada rumah' :D. Dan saya masukkan dalam mangkuk ni hanya selepas biskut sudah sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments