Google+

oleh: nuralisha Kerabu Beronok - Langkawi

15670539tc8_th

kerabu nie terkenal di Langkawi dan selatan Thailand saja.. Beronok nie hidup kat laut yang berlumpur ...sekarang kat pasal langkawi dah ada jual sebungkus RM2.00 dulu tak laku pun tapi sejak dikomersialkan dah jadi duit..biasanya orang tangkap dia kat tengah pantai


Created on : 13-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nuralisha




Bahan-bahan ( kalau sebungkus boleh lah makan 5 orang )

  • sebungkus beronok
  • segenggam pucuk gajus - dimayang halus
  • 1 biji bawang besar - di mayang halus
  • Kerisik
  • sambal kelapa (1/2 biji kelapa di mesin dan dicampur bersama cili kering mesin , lada hitam, garam dan belacan - ditumbuk halus dan kemudian di sangai sehingga kering)
  • 1/2 cawan Serbuk beras - (beras disangai sampai kuning dan dimesin halus
  • 1 biji kelapa muda - dimayang halus

Cara-cara

  1. 11972749ib8_th
    Campurkan semua bahan di atas dan siap sedia untuk dihidangkan.
  2. 22393239vu6_th
    Sesuaikan rasa

Tag

seafood









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (17)

13-12-2007, nurbalqis81 komen :

makan haiwan ni mentah-mentah ke? Beronok tu kena potong atau sekor-sekor?


14-12-2007, nuralisha komen :

balqis81 - ianya dimakan mentah dengan menghirisnya kecil kecil


14-12-2007, nurbalqis81 komen :

first time rasa takut tengok makanan..by the way thanks..may be one day..i makan tapi tak tahu dia beronok..mesti khasiat dia sama macam makan gamat ni..kukus boleh tak atau di blender sampai hilang rupa dan tukar resepi spt otak2..baru tak ngeri..saya tak suka makan ikan keli, cara saya makan adalah saya rebus dan ambil isi gaul dengan rempah dan sayur2an..jadikan seperti burger..simpan dalam peti ais..bakar goreng atau kukus..sedap..juga boleh dijadikan perencah masakan lain..tq.


14-12-2007, nuralisha komen :

beronok nie tak leh masak ngan api..nanti dia cair jadi air laut semula.... beronok hanya boleh dimakan mentah je....


04-02-2008, rosnani komen :

ngerinye....rasa dia cam perut lembu ker???? ataupon macam tiram yg dimakan mentah....


04-02-2008, azizahmansor komen :

sumting new. nk tau juga cemana rasa beronok ni.


03-03-2008, zubaidah86 komen :

sedapny...........................lama tak makan beronok ni..beronok + dgn ulam2 sedap jadi la kerabu beronok.harap you all cuba le


06-06-2008, kemma81 komen :

yela balqis...saya pun ngeri tgk bronok ni..xpnah jmpa pn...tp mn tau kot sdp! blm cuba blm tau...


29-11-2008, jeezy komen :

aaaaa benda ni saya dh tengok masa duduk kat langkawi dulu. macam gamat gak.. org kampung tu amik sekor potong2 terus kasik anak dia makan camtu je. budak tu kata sedap, kenyal2 gtu. ngeri nak try.. macam fear factor la plak..


08-07-2009, ske_try komen :

nak tanya skit... beronok ni binatang ke????


07-08-2009, mariam77 komen :

ske_try,beronok ni sama mcm sotong..kulit kenyal..nk kata binatang tu tak kot..cuma beronok x boleh di masak spt goreng,rebus n so on.just basuh bersih,hiris sederhana nipis n gaul dengan bahan2 untuk buat kerabu..sedapp...mai la langkawi klu nak rasa.


22-03-2010, cu_ila komen :

saya penah makan msa saya blaja d langkawi..mula2 mmg ase geli ja..tapi bla member da paksa apa lagi makan la..tp mmg bst arh..x cukup..


19-08-2010, Princess Iman komen :

iyyeeeee...mcm alienla..cam uri pon ade. nama pon da beronok..tentu beronok-ronok bila makan. nak tryla kalo mai lagkawi..


22-09-2011, rakiahnor@gmail.com komen :

saya dah makan kerabu bronok masa hadir kenduri kawin kat Pulau Tuba langkawi.....rasa ok gak...


10-12-2011, mamaemier komen :

slm semua kepada yg xpnah mncuba tu jgnla tulis/komen mcm benda tu seperti mnjijikkan ye sb dr hukum ianya trbukti halal bg org islam utk menikmatinya dan makanan ni juga dh dianggap spt makanan tradisi bg pnduduk langkawi n slh satu produk malaysia utk di war2kan kpd pelancong asing...so try dulu sblm bg komen ye...


23-12-2011, pahma komen :

dh mkn masa g lngkawi bru ni..kenyal mcm pedal aym yg x empuk..x trasa hanyir sbb ada ulam2 tu kot, cuma yg sy mkn tu dia ada rasa msm2 asm limau


21-01-2013, Virus komen :

msk mcm umai sarawak ek...ni la penis fish.blm pernah jumpa n mkn masa p langkawi x jumpa.xpe mybe next time.de kt langkawi je ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd