oleh: waheedeana Sambal sotong berkuah kacang

Pc050144

sedapppppp lain dari yg lain...:D


Created on : 06-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit..( celur ni ikut petua CMG MyR...ekeke..thnxs CMG)
  • **Bahan Kisar**
  • * 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3-4 sudu kacang tumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil gula merah
  • air asam jawa- jus
  • garam - secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
  2. masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
  3. masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
  4. akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan pak aji ( kalo suka ) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

Tag

seafood




Laporan Masakan Bergambar (1)

100_0866
06-12-2007
superb!!! sedap. TQ
Laporan oleh: junn

jun...mintak sket..:-)... mekacih kerana mencuba...


Komen (2)

06-12-2007, s_shamen komen :

ana, kalau pakai sotong yang kering, biasa jual kat kedai tu boleh tak??? ko nii buat aku kecur je laaaaaa..lama tak mamam :(


07-12-2007, waheedeana komen :

fida, bole kalo ko nk try pakai sotong kering tu...ish sian lama ye x mamam...meh le balik mlysia aku wat kan.....:D


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu