oleh: AlongRoz Roll Kipas

Roll_kipas2

Utk yg dah pandai buat kek lapis, blh lah advance buat roll pulak.... Along kursus dgn Rabiah Amit, pembuat kek lapis yg terkenal...Buku dia pun ada di pasaran.


Created on : 05-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 biji roll )

  • BAHAN2 A:
  • 15 biji Kuning Telur
  • 6 biji Putih Telur
  • 250g Gula halus
  • 200g Tepung Hong Kong / superfine
  • 1 camca Ovalette
  • 50g Tepung Jagung
  • BAHAN2 B:
  • 450g Mentega
  • 4 camca Susu pekat manis
  • 1 tin kecil Seri kaya
  • BAHAN C:
  • Pewarna Merah, Hijau, Kuning
  • BAHAN2 KULIT:
  • 10 biji Kuning telur
  • 4 biji Putih telur
  • 150g Tepung Hong Kong
  • 150g Gula Kastor
  • 20g Tepung Aiskrim
  • 1 camca Ovalette
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 50ml Air ais
  • 125ml Mentega cair
  • 1 botol jem strawberi

Cara-cara

  1. Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
  2. Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.
  3. Selamat mencuba. Remeh sikit nak buat tapi puas hati bila dah jadi. Kalau nak beli mahal bukan main.
  4. Myresipi-cutter
    Ini dia gambar alat utk memotong kek lapis berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci. Alt ini di letak atas kek & potong dgn pisau yg tajam.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (19)

06-12-2007, dj_vjuice komen :

wah! cantik nar juak kek lapis kitak Roz, sik 'tahan' kamek nangga, suka gilak bah nangga kek kitak ya... mun kitak dekat sitok maok kamek ngupah kitak ngajar kamek molah segala jenis kek lapis, thanks sbb sudi berkongsi byk recipe kek lapis tok sbb selaku anak jati sarawak (cewah!), kamek pun suka moleh kek lapis kedak kitak. kak roz, boleh merik number hp kitak? kamek maok jadi anak murid kitak boleh sik?


06-12-2007, herdawaty_abuothman komen :

salam, kamek pun suka nangga kek lapis kitak ya, kacak jak. Raya nok lepas tok kamek teringin nak molah dirikpun kek lapis, belilah kamek tek buku nok Deja Moss ya. Jerak kamek molah dahlah sik mauk nak jadi kek keras agik ya. Nak cuba resipi kitak lok raya tok. Mintak2 jadilah.Thanks.


06-12-2007, alyasuraya komen :

wah! cantiknya kek lapis.. teringin nak try. kalau dah try nanti leh tempek gambar kat sini... kalau tak jadik leh mintak panduan kemudian...leh tau tak suhu utk bakar berapa? dan berapa minit? masa bakar lapis demi lapis tu macam mana? kene biar masak selapis dulu baru lapis yg lain pulak ke? atau biar separuh masak dan terus lapis yg seterusnya?


06-12-2007, dj_vjuice komen :

kedak rupa tepung aiskrim? kamek maok molah kek tok key family mek xmas di Kuching kelak


06-12-2007, achiklie komen :

alongroz, kat mane boleh dapatkan pemotong kek lapis? penah nampak dalam satu rancangan tv.


06-12-2007, AlongRoz komen :

dj, tepung aiskrim boleh beli kat supermarket bahagian bhn2 kueh. achiklie, Along beli pemotong kek lapis di kedai jual bhn2 kueh di Miri & Kuching. Tapi kedai d Miri dah tutup bisnes. alyasuraya, Along dh jawab soalan yg sama kat Kek Lapis Evergreen.


07-12-2007, dj_vjuice komen :

along blh tunjukkan pemotong kek lapis?aku ptg guna pisau je selama nie


08-12-2007, rrozie17 komen :

along orang sarawak?


09-12-2007, AlongRoz komen :

Val, Along dah letak gambar alat utk potong kek lapis (ia bukan pisau).


09-12-2007, AlongRoz komen :

rrozie, Along ni merantau di Sarawak utk cari makan.... asal dari Taiping, Perak.


09-12-2007, AlongRoz komen :

Dekat Sarawak ni ada pelbagai2 kueh tradisional, kek lapis & masakan yg tak de di Semenanjung....! Best duduk sini tau, boleh tambah byk ilmu memasak & buat kueh, hehehehe...!


12-12-2007, NorYus komen :

kt dah penah bt kek nie....4 jam br siap tp best...beli sampai rm70 sebijik..


16-12-2007, dj_vjuice komen :

itulah pemotong kek lapis ada juak kamek nanggar di kedey but sik tauk kedak ney maok makey, penekan kek lapis non dipadah kitak ya udah kamek beli.


17-12-2007, dj_vjuice komen :

kitak selalu makei tepung hongkong cap apa? tepung superfine pun boleh key molah kek tok juak ka? kamek maok molah lah lepas raya haji tok kelak...


17-12-2007, AlongRoz komen :

VAl, sama je tepung hongkong or superfine. Sik ada hal cop apa pun... kalau jadi jgn lupa engkah gamba situk...


20-12-2007, dj_vjuice komen :

Insyaallah....kamek akan engkah...kek lapis everygreen key recipe kitak pun dah kamek try, ada ari ya maok engkah gambar tang sik tauk kenak sik dapat upload. Maka kamek molah cara sama jak kedak upload gambar laporan masakan kamek nok lain ya....pun sik dpt juak.


20-12-2007, AlongRoz komen :

Val, sik sabar kamek nak nanggah kek kitak, cepatlah engkah situk. Mun sik dapat juak, email jak gn kamek, kelak I tolong u engkah siya.


26-12-2007, dj_vjuice komen :

adeh...boleh juak, kelak PM email add kitak ngan kamek. kamek pun maok mintak BAAAAAANYAK recipe kek lapis dari kitak


26-03-2008, maryam81 komen :

mcm ni nak upload gamabr oh???


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu