oleh: herdawaty_abuothman Sambal Udang Simple

Dsc01291

Resipi Mak Mertua. Simple tapi sedap. Sesuai makan dgn nasi lemak.


Created on : 27-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 500gm udang sederhana besar dibersihkan
  • 3/4 cawan santan kelapa
  • 1 1/2 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 asam keping @ 1/2 cawan air asam jawa
  • sedikit minyak masak
  • 2 camb gula boleh kurangkan ikut suka
  • 3 camb cili kering yang dikisar
  • garam, ajinomoto

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. Tumiskan cili sehingga cili kelihatan masak dan keperangan.
  2. Masukkan santan kelapa. Biarkan seketika lalu masukkan udang dan bawang besar. Pastikan api sentiasa kecil.
  3. Masukkan asam keping, garam, gula dan ajinomoto. Kacau rata dan biarkan seketika.
  4. Last sekali, bila udang dah masak dan bawang pun dah lembut bolehlah di angkat dan dihidang dengan nasi lemak. Senangkan?

Tag

udang




Laporan Masakan Bergambar (1)

Sambal_udang
31-01-2008
Senang, cepat dan sedap.
Laporan oleh: hazila

Kalau nak kuah dia banyak/lebih jgn lama sangat atas kuali. Api kecilkan sepanjang memasak. Anyway, terima kasih kerana sudi mencuba.


Komen (7)

27-11-2007, adiezx komen :

camb pe? lupa.. ml ek?


27-11-2007, intan_zabidin komen :

camb tu kalau x salah saya camca besar atau pon sudu makan...betul x herdawaty..


28-11-2007, herdawaty_abuothman komen :

Betul tu intan. Camb-camca besar, cams-camca sedang dan camt-camca teh @ kecil. Selamat mencuba.


28-11-2007, ctma komen :

senanglah herdawati, tentu rasa lemak2 pedas kan. tak pernah lagi masak sambal taruk santan..kena cuba nih


28-11-2007, herdawaty_abuothman komen :

Memang sedap kalau makan ngan nasi lemak. Selalunya sy masak nasi lemak ngan sambal ni dlm pukul 7 pagi pukul 8 dah boleh makan. Simple sesangat. Tapi tak boleh makan selalu banyak sgt lemak kan ctma!


28-11-2007, ctma komen :

huhu..betul3 tapi yang tak buleh mkn selalu tu lah yang duk teringin nk mkn nye...hehe


28-11-2007, adiezx komen :

time kasih!!! datau sekarang.. keep it in my mind.. yeh


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu