oleh: mummyhamim2 Laksam kelantan

12106028

Laksam ni fav mummy masa student dulu, kalau ade jer pasar malam, mesti beli, rupanya mmg nak jadi org kelate. bile dah duduk sini teringin jer nak mkn, so cari resepi through net, byk jenis dah try and error, so edit ikut citarasa sendiri, and this is the best resepi yg dah buat


Created on : 14-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( boleh hidang utk satu family - 2adults 2 kids )

  • Resepi Laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 cawan air
  • sedikit garam
  • Resepi kuah:
  • 3 ekor ikan sardine (makeral)
  • 1 tin santan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg serai (besar punya)
  • 2 kiub pati ayam/ikan bilis (not necessary)
  • 2 sudu kerisik
  • lada sula
  • asam keping
  • 1 inchi lengkuas
  • beberapa helai daun kesum (not necessary)
  • Bahan tambahan: Telur rebus, Salad, Timun, Taugeh, Sambal belacan, Chili tumbuk, Kacang panjang dll

Cara-cara

  1. cara-cara membuat laksam:
  2. Campur semua bahan dan gaul sebati.Perap dlm setengah jam.
  3. Sementara tu sediakan kukus atas api
  4. Sapu sedikit minyak pada loyang @pinggan. Letak pinggan@ loyang dlm kukus.
  5. Tuang 2 senduk
  6. Kukus sampai agak keras, tidak berair.
  7. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
  8. cara-cara membuat kuah:
  9. Rebus ikan sampai masak
  10. kisar halus bahan: bawang merah, putih, serai, halia, tumis dlm periuk (minyak sikit)
  11. masukkan garam, lada sula, asam keping, kerisik, lengkuas, daun kesum dan gula (ikut sukahati)
  12. kacau sebati, sampai naik bau
  13. Tapis ikan dgn air rebusan, simpan air rebusan,
  14. Ikan yg ditapis blendkan sampai hancur, masukkan kedalam periuk yg berisi bahan tumisan. cacau
  15. Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk tadi
  16. kacau sampai mendidih dan masukkan santan dan kiub , kacau lagi hingga mendidih, rasa garam dan gula, tambah ikut citarsa
  17. potong2 laksam, dah boleh hidang and makan




Laporan Masakan Bergambar (1)

100_0863
06-12-2007
dah try..sedap! thanks
Laporan oleh: junn

thanks kerana mancuba.. ish ish ish.. kita le pulak kecur air liur nak buat lagi...


Komen (5)

15-11-2007, ciksiti komen :

favourite lah mummy tp takat makan sorang, leceh... hb tak suka... selalu beli memang sodap!!!


16-11-2007, ayang77 komen :

my peberet laksam nie...dlm setahun dpt mkn time ramadhan jerk..tu pun beli kat bazar..thanks for the resepi...weekend bole try..love u mummy!!!


20-11-2007, entong komen :

ada tak laksam yang dah ready spt laksa penang klau ada kan mudah buat kuah je...


21-11-2007, nita247 komen :

kuahnya memang sedap tapi laksamnya x jadi lah.. kenapa warnanya kuning eii, x macam kat kedai putih bersih. Mungkin sebab letak minyak ke?


06-12-2007, mummyhamim2 komen :

ciksiti: buat byk2 pastu ajak kawan2 makan sama... sedap and pasni dah terror jimat duit tak yah beli.. ayang77: selamat mencuba entong: ada tak silap org jual kat pasar tani kat kb. tapi tak ler yg kering, yg basah.. nita274: apesal laksamnya tak jadi? lebih air kot? or kukus kejap sgt? takpe lain kali cuba lagi.. kuah dia kuning ke? minyak sikit je tuh jgn byk sgt and minyak baru, jgn pakai minyak terpakai nanti berubah kaler, kuah dia tak putih melepak sgt le coz byk bahan penyedap lain yg telah dicampur..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu