Google+

oleh: herdawaty_abuothman Kurma Ayam

Dsc01274

Simple & sedap. Anak2 pasti suka. Resipi dari mak.


Created on : 12-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi herdawaty_abuothman




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 500 gm ayam di potong sederhana besar
  • 1000ml santan
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
  • 2 biji kentang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar dibelah empat
  • 1 biji tomato dibelah dua
  • 1 sudu makan kerisik
  • garam, ajinomoto
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
  2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
  3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
  4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
  5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Tag

ayam

Laporan Masakan Bergambar (6)

Dsc_4307
21-05-2009
memang ada rasa lain ..sebab letak kerisik,sedappp
Laporan oleh: zaina
Kurma_ayam2
19-07-2009
yess.. mmg simple, tq
Laporan oleh: sunkist
P1145201
15-01-2010
1st time buat kurma ayam..Anak suka sgt..makan kuah jer ngan nasi..
Laporan oleh: fahmar169
Img-20110813-00904
13-08-2011
1st time buat.. utk juadah berbuka puasa hari ini.. sedap, senang & simple.. TQ akak
Laporan oleh: puterikeon@gmail.com
Dsc03518
28-12-2012
sedap... anak2 suka...mmg simple,timekasih..
Laporan oleh: k.zila66
20130209_150322
03-05-2013
Lauk lunch tadi, pekat dan sedap. Terima kasih...
Laporan oleh: maladong


Komen (22)

13-11-2007, mirza_izz komen :

ermm... memang nampak sedap, kiter pun biasa jugak masak kurma, tapi x pernah letak kerisik... ok jugak resepi ni, nanti mirza nak try ler...


13-11-2007, ziehelmy komen :

Rajin sungguh Puan Lawyer ke dapur ek.....


15-11-2007, herdawaty_abuothman komen :

Mirza, kalau letak kerisik kurma akan rasa lebih sedap & menyelerakan. Pn. ziehelmy please identify yourself.. Camne tau saya ni Lawyer? Zie mana satu ni? Cepat perkenalkan diri sebelum saya penasaran!


11-12-2007, ziehelmy komen :

I ni one of yr client......beli rumah!!!!! Betul kan?????


17-05-2008, alamaya_58 komen :

Saya kalau masak kurma ayam ke daging ke tak bubuh kentang tapi bubuh kobis..


21-05-2008, MacGee komen :

sy dah mencuba resipi memang best terima kasih lahhhh ek : herdawaty


08-09-2008, umi_husna komen :

sy memang mencari resepi kurma ayam. hari ni boleh la masak utk berbuka. thanks ya.


05-10-2008, along83 komen :

kalo letak kerisik, kuah kurma nie, tak jd putih2 lah kan??


25-11-2008, ibuRayy4n komen :

mcm byknya santan tu, 1000ml tu santan pekat ke santan kita perah sendiri kelapa mesin?


02-12-2008, syawaL2 komen :

letak kerisik..hmmm..menarik2x hiii :D


03-01-2009, kishah72 komen :

Dah masak tapi saya letak asam keping sikit. Memang sedap......


16-01-2009, herdawaty_abuothman komen :

Terima kasih MacGee & Umi kerana mencuba. For ibuRayy4n, 1000ml tu santan yang perah sendiri dari sebiji kelapa. Saya guna santan lebih sikit supaya boleh masak lama sikit atas dapur sampai kurma tu naik minyak & ayam jadi lebih lembut.


27-03-2009, sopeaceteacated komen :

insyaAllah sabtu neh nak masak best2 sket...nak wat nasi 3 warna, ayam masak merah, acar mentah n kurma daging....thanx kak herda...tgh semangat nak try nih...harap2 menjadilaa..:D


26-07-2009, ikinwuzhere komen :

dah try resepi ni.. first time masak kurma ayam... terlebih santan kut.. tapi acceptable sbb boleh habis... : ) tq utk resepi ni...


16-01-2010, menantu mama komen :

resepi ni mmg best..sy dah cuba smlm...bau harum kerisik..mmg menyelerakan... licinnn...


09-10-2010, norhazrinda komen :

sy dh try dh...sedap la jugak...husband blom rase lg nie...hope husband suke...


13-12-2010, kak bed komen :

ok,sama mcm resepi saya cumu saya tk ltk krisik.saya suka pds tmbh cili padi..tkpelah nti saya cuba ltk nk try.


16-12-2010, mzul79 komen :

salam yer semua.... kalau letak variasi sikit cili merah dan hijau cantik x warna kuah tu??


22-12-2010, mislee komen :

Naaaak sgt cuba tp tang santan tue boleh tukar tak dgn susu sejat coz memg tk bole mkn mknan bersantan? Rasa mcmana ye??


21-02-2011, hazli farida komen :

sya dah cuba..sedap!!!!!!! macam makan kt kenduri...t.q


29-07-2011, idrah komen :

Nk masak kurma ayam esok... Tp,xbeli santan.. Nk cuba masak x campur santan... Sedap jgk kan?


02-08-2011, aisyahsufiah komen :

slm...mtk resepi ye...nk cuba bt utk brbuka hr ni=)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd