oleh: kasehku Lemak tempoyak petai pucuk ubi

No picture

resepi dari my mummy


Created on : 01-11-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 )

  • 2 genggam pucuk ubi.pucuk paku pun bleh
  • satu paket kecil tempoyak
  • 2 papan petai
  • 20 batang cili padi ikut suka
  • satu inci kunyit hidup
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • 2 batang serai dihiris halus
  • santan pekat satu peket besar

Cara-cara

  1. pucuk ubi direbus hingga empuk dan pahitnya keluar.selepas itu dihiris nipis
  2. biji petai dihiris nipis bersama daun kunyit dan serai
  3. bawang kecil,cili padi dan kunyit hidup dikisarkan
  4. masukkan pucuk ubi yang dihiris nipis tadi bersama bahan bahan laintermasuk tempoyak,petai dan semua skalilah ke dalam kuali melengkung.hidupkan api sederhana dan masukkan santan
  5. bila agak mengelegak kecilkan api.sentiasa dikacau agar santan tak pecah minyak
  6. akhir skali masukkan garam.