oleh: yummiez Homemade Pizza

Img_4697_edit

resepi diambil dr blog skyblue.. hehe same dgn resepi kat bungkusan tepung roti Defiance..


Created on : 25-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 biji pizza: saiz 8" )

  • 500 g tepung roti
  • 12 g garam
  • 8 g yeast
  • 16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
  • 250 ml air suam
  • Topping:
  • shredded pizza cheese secukupnya (or kalau takde pizza cheese, boleh campur cheddar and mozzarella)
  • pilihan topping: bawang besar, sucuk (daging), ayam, olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc. terpulang pada selera masing2.
  • tomato paste secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker mengikut urutan yg disyorkan. Pilih setting dough and tekan 'ON'. Kalau tak ade breadmaker pun masih boleh buat pizza.. uli dough dgn tangan, macam uli utk buat roti.
  2. Img_4625
    Setelah dough siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk and tutup dgn cling wrap. Tunggu dalam 15 minit supaya dough naik.
  3. Bahagi dough kepada dua dan uli. Pizza ini akan naik dua kali ganda selepas dibakar. Jadi, jika nak pizza yg nipis kena agak2 bila uli tu.
  4. Letakkan dough yg telah diuli atas dulang pembakar. Sapu kan permukaan dgn tomato paste.
  5. Img_4648
    Letak kan topping pilihan.
  6. Img_4654
    Akhir sekali baru tabur kan cheese sebanyak yg anda suka.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.
  8. Boleh dihidangkan dengan sos, mashed potato and etc.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (14)

25-10-2007, Mat Gebu komen :

Kalau bulan puasa..sure menelan air liur tgk pizza ko nie yummiez!!!, nasib baik dah lepas.


26-10-2007, yummiez komen :

hehe.. ni wat dah lame dah.. mase bulan posa ari tu.. haa ni dah bukan bulan posa bukan je nak telan air liur, nak telan pizza ni pun boleh! =P


26-10-2007, umaira komen :

sori ye nk tanya.loyang nk bakar pizza mcmana.bentuk mcm kuali ke.


26-10-2007, yummiez komen :

erm.. loyang pizza yg sy guna tu takde tangkai mcm kuali, and dia rendah dari kuali.. tapi kalau tak ade loyang pizza.. guna loyang utk bakar kek yg bulat tu boleh jugak kot? =)


26-10-2007, shikinma70 komen :

saya tak dapat baca bermula dari topping. ada masalah ke?


26-10-2007, shikinma70 komen :

ok saya dah dapat resepi nya


29-10-2007, skyblue komen :

bestkan resepi kat bungkusan tepung roti tu...


29-10-2007, yummiez komen :

aah la sky.. mmg best! anyway, thanx sebab letak resepi tu kat your blog.. kalau tak i pun tak perasan =P


30-10-2007, Maznida komen :

Kat tepung tu klu tak taruk susu segar @ telur tak keras ke?


30-10-2007, yummiez komen :

erm maznida.. biase resepi pizza dough yg sy jumpe mmg tak letak susu atau telur.. rasenye yeast and air tu dah cukup.. pd pendapat saya kalau pizza tu jadi keras mungkin masa uli tu terlalu nipis and then bakar terlalu lama.. maybe maznida boleh cuba dulu and tgk hasilnye mcm mane ye =)


01-02-2008, jfklynn komen :

saya tambah 2 tsp madu dalam dough dan tomato paste tu saya panaskan sedikit dan tambah gula dan garam sebagai perasa...sedap...


01-02-2008, jfklynn komen :

saya tambah 2 tsp madu dalam dough dan tomato paste tu saya panaskan sedikit dan tambah gula dan garam sebagai perasa...sedap...


02-04-2008, syahidd komen :

salam kak. saya ahli baru kat sini. baru sekali bukak akak punya resipi, saya terus test. memang mengancam pizza tu. tengkiu kak!


24-05-2008, annna komen :

pizza nie nampk sdp la terliur d buatnye tp blm cb lg sory....he he he


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu