oleh: fendi Roti sosej

Rotisosej

roti sosej berpintal


Created on : 29-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 175g tepung roti(white flour)
  • 25g whole-wheat flour(brown color)
  • 10g gula halus
  • 3g dry yeast
  • 12g butter
  • 130ml air/fresh milk
  • 6 batang sosej
  • telur untuk sapu
  • 3g garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Setkan untuk buat doh. ON!.
  2. Keluarkan angin dan bahagiakan kepada 6 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10~15 minit.
  3. Sementara tu, rebus sekejap sosej dan sejatkan.. atau boleh bakar sekejap dgn toaster
  4. Ambik satu doh roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 20~30cm. Lilitkan pada sosej. Buatlah sampai habis.
  5. Rotisosej1
    Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda sebelum dibakar.
  6. Sapukan roti dgn telur. Bakar pada suhu 180C selama 12~15 minit.
  7. Rotisosej2
    Sejukkan roti di atas radar kek




Laporan Masakan Bergambar (13)

Sosej_roll
07-03-2007
hehehe hari tu buat mini sosej tak jadi kan... hari ni kira hari buat roti lah yani/fendi sebab cuba tambahkan teung sikit supaya adunan tu tak lembik... alhamdulillah nampak menjadi... ni tenagh tunggu honey bread pulak... terus on breadmaker je kan yani hehehehe happy lak bila menjadi...
Laporan oleh: umi_e

thanks umi_e kerana sudi try resipi ni

Rti
08-04-2007
br je buat td,tp saya x gune breadmaker,uli tgn je,hehe..thanx ntuk resipi ni:)
Laporan oleh: fizsha

tima kacih

Pict0067
12-04-2007
menjadi...baru jer lepas bakar, mmm...best arr mcm roti sosej kt 7E,tapi sy guna white bread flour sj..TQ
Laporan oleh: rrozie17

guna guna white bread flour pun ok je.. ;)

Photo-0044
05-07-2007
bentuk spiral tu tak nampak tapi okay jadik dan saya tambah cheese di atasnya. thanks!!
Laporan oleh: ina

mesti lagi sedap dgn cheese tu..

Img0025a
09-08-2007
Breakfast pagi ni. Buat 2 version. Bakar & goreng. Yg bakar tu keras sikit le. X de breadmaker. Uli guna tgn je. Kite dh x larat nk uli, last2 mak yg sambung.Hehehe...
Laporan oleh: hanahoney_571
Dsc00086
11-09-2007
Percubaan pertama guna BM yg baru dibeli.Gulungan tak berapa menjadik.Tp, rasa jadiikkkk...hehe..thanks to fendi/yani
Laporan oleh: nazahiriah
Image059
19-11-2007
resipi yang ringkas dan mudah tuk dicuba ;)
Laporan oleh: nunas
01-12-07_2104
04-12-2007
huhu... jadik mmg jadik tp keras lar bhg luar tu.. dlm ok lembut, i x pakai wholewheat flour guna high protein flour jer.. camner nak bg roti tu lembut kat bhg luar?? tq 4 the recipe
Laporan oleh: masz_73
R
16-12-2007
saya gunakan tpg roti sj..ini br 1st time wat roti sosej,menjadikkk..mmg bes, lembut ja..sib bek ada BM,mmg mudah...tq fendi...
Laporan oleh: afizaz93
Img_4979
27-12-2007
sy juga hanya pakai tepung roti(putih) dan uli pakai tangan je coz tak ada breadmaker...alhamdulillah.. menjadi. sy buat dua adunan, yg fendi satu dan satu lg yani punya(roti sosej mini)... dua2 best..lembut dan sedap! tq fendi utk resepi ni..
Laporan oleh: nor_67
Sosej_fendi
02-01-2008
minggu ni memang asyik buat roti la, maklum la buat sekali dah jadi, makasih fendi, lembut dan sedap roti ni
Laporan oleh: sofinar
Roti_sosej
15-02-2008
cuti raya haji anak saya mengadap umi julianya membuat roti sosej, bila balik rumah saya beli bahan dan dia buat dua beradik under my supervision... hasilnyer mcm nihlah cuma terlebih air sket tp sedap rupanya macam2 maklumlah budak form3 n drjh 4 buat
Laporan oleh: jissman
Sl370709
12-06-2008
Sedap le resipi roti ni. I uli dgn tangan je. Yang bestnya hb puji..mcm roti kat kedai le. Ishhh.....bangga betul la. Buat utk besday party anak kat tadika harini. Cikgu2 dia puji lembut rotinya. TQ fendi utk resipi roti ni ye
Laporan oleh: zurin

Komen (22)

29-09-2006, aliza komen :

mmm.sedap ni.tp..kalo xde breadmaker cmne lak? pastu...keluarkan angin tu cmne ye...


29-09-2006, fendi komen :

aliza.. boleh uli pakai tangan.. cara uli roti ni boleh rujuk kat resepi roti bulat. Kat situ ada gambar step by step..


29-09-2006, my mum komen :

f tak pakai brown flour bole kah n ganti je dengan tepung roti tambah g 25g k kah


29-09-2006, fendi komen :

boleh je.. mymum


29-09-2006, azian komen :

sosej tu.. mana lebih sedap? rebus ke... bakar? yang dlm gambar tu direbus atau dibakar?


29-09-2006, fendi komen :

i nak senang masukkan sosej dlm toaster.. bakar jap.. sekadar utk buang air dr sosej.


02-10-2006, Penyulawa komen :

Fendi, tepung roti brown flour tu camana? So far buat roti tapi lom jumpa lagi tepung jenis ni. Kalau brown flour untuk buat sos chicken chop tu pernah ler...


02-10-2006, fendi komen :

penyulawa..brown flour = Whole-wheat flour.


04-10-2006, ijad komen :

Fendi, leh x klu pakai tepung biasa jer???


04-10-2006, fendi komen :

ijad.. kalo guna tepung gandum rupa tu jadilah macam roti tapi tak segebu bila kita guna tepung roti. Tepung roti ni .. tepung berprotin tinggi.. kdgn protin yg byk tu membantu menggebukan roti bila bertindak balas dgn yis.. dan roti akan jd lembut.


08-11-2006, tichersu komen :

i penah buat roti ni tapi i tak bakar.... i goreng je.. lepas ni i nak try resepi u plk!!


24-11-2006, merin komen :

anak2 i suka sgt roti ni.pegi je bakery shop mesti suruh beli.lepas ni nak try resepi ni lah..mudah-mudahan tak payah beli lagi sbb buleh buat.


12-03-2007, eyla5152 komen :

i dah buat roti ni tapi agak tawar sikit. boleh tak tambah kan gula sikit?? ape pun mmg menjadik.... habis licin :)


09-08-2007, zla komen :

zla nak tanya ni,roti pintal ni bole digoreng ke?sbb umah xde oven lah.


30-08-2007, rozitaosman komen :

saya ni baru je beli breadmaker. Tersangatlah excited nak buat roti. Semalam try buat roti sosej ni.kul 2 pg baru tidur...tapi peliknya kenapa doh tu jadi lembik sgt sampai tak boleh nak uli. Ada sesiapa boleh bantu??


30-08-2007, yani komen :

rozitaosman.. dah ikut sukatan dengan betul ke?... bila u buat roti.. incase terlembik.. u boleh tambah sket tepung masa nak bahagikan roti pd bentuk2 kecil tu.. letak sket tepung di atas papan canai sebelum letak doh..


30-08-2007, ishikawa_ayumi komen :

k.rozitaosman, spnjg pengalaman sy, klu doh tu lembik, n melekat2 kt tgn, kite kene uli doh tu sampai habis la. airkan boleh kering. cara nk keringkan dia dengan uli lama2. itu pengalaman sy la. sbb doh akan 'masak' dengan menguli lama. harap boleh bantu akk :)


31-08-2007, edazman komen :

rozitaosman....setahu sy kalau kita buat roti waktu mlm doh akan lembik.sbb kita x dpt mengawal suhu rumah kita.kalau kilang roti tu lain.Utk buat roti drumah faktor suhu psekitaran diambil kira juga.satu lagi kalau ari hujan lagilah lembik.cuba rozita buat tghari pasti jadi.thanx


11-09-2007, nazahiriah komen :

rozitaosman, doh yg saya buat pun lembik jugak..maksud saya, tak sekenyal doh roti canai. tp, saya tak uli..saya bahagikan kepada 8,then saya cuma gentelkan ajer..bila doh tu dah memanjang saya lilit kat sosej. ok la jugak..tp, tak der la cantik.... anyway, resepi ni, boleh jd guidance utk next step


16-09-2007, rozitaosman komen :

waaa terima kasih sumer kerana memberi cadangan dan bantuan yang diperlukan. Saya akan cuba lagi utk buat roti sosej ni..hehehehehe


13-01-2008, along_nor komen :

nor da try buat roti ni..mmg bes jgk..roti ni bleh than lame mane?


15-02-2008, jissman komen :

cuti raya haji anak saya mengadap umi julianya membuat roti sosej, bila balik rumah saya beli bahan dan dia buat dua beradik under my supervision... hasilnyer mcm nihlah cuma terlebih air sket tp sedap rupanya macam2 maklumlah budak form3 n drjh 4 buat


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu