oleh: skyblue Earl Grey Chiffon Cake

Imgp2319

Teh Earl Grey boleh diganti degan teh lain atau juice buah-buahan. Setelah disimpan dlm peti sejuk semalaman pun masih lembut dan gebu. Resepi ini diubahsuai dari Alex Goh punya resepi kek chiffon Oregano Spinach.


Created on : 06-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 9" )

  • Bahan-bahan A:
  • 4 biji kuning telur
  • 20gm gula halus
  • 50gm minyak masak
  • 40ml teh earl grey yg pekat
  • 30ml susu segar/cair
  • ¼ sk garam
  • Bahan-bahan B:
  • 100gm tepung kek* (boleh diganti degan 85gm tepung gandum + 15gm tepung jagung)
  • ½ sk baking powder* (diayak bersama tepung kek)
  • Bahan-bahan C:
  • 4 biji putih telur
  • 100gm gula halus (boleh dikurangkan sedikit)
  • ⅛ sk cream of tartar
  • Bahan-bahan Lain:
  • 2 sk serbuk teh earl grey

Cara-cara

  1. Panaskan oven kepada 170 darjah celcius.
  2. Satukan bahan-bahan A dalam mangkuk besar dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung dan gaulkan sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Pukulkan putih telur sehingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar. Pukulkan lagi sehingga jadi meringue (bertanduk).
  4. Ambil ¼ bahagian meringue, masukkan ke dalam (2) dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Masukkan semua meringue tadi, gaulkan sedikit dan masukkan serbuk teh. Gaulkan lagi sehingga sebati (tak payah lama2).
  6. Tuangkan adunan ke dalam tin chiffon, bakar dalam oven yg telah dipanaskan tadi selama 40 minit.
  7. Keluarkan kek dari oven, terus terbalikkan dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari tin.

Tag

kek chiffon




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

09-11-2007, kimin_03 komen :

Nampak menarik & sedap... Kat mane nak carik teh earl grey? Kalau ganti dgn jus buah-buahan same banyak ke dengan sukatan teh earl grey? Tima kacih... =)


09-11-2007, kimin_03 komen :

Kalau bakar dalam acuan lain selain acuan chiffon boleh ke? Ade ape2 effect ke? Makacih... =)


11-11-2007, skyblue komen :

kimin, klu buat chiffon lain, ganti teh earl grey dgn jus or kopi... etc. Resepi asal memang guna jus sayur spinach, sy tukarkan kpd earl grey. Klu bakar dlm tin lain, kat tengah2 kek tu mungkin akan turun sikit selepas dibakar. utk kek chiffon, tak payah griskan tin terlebih dahulu sbb kek tu akan melekat pada tin dan naik semasa membakar. Klu takde chiffon tin, boleh guna springform tin... tak payah gris juga.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu