Google+

oleh: DianaA Swiss Roll Tembam & Fluffy Buttercream

Swissroll11

D rekomen resipi ini. Ramai kawan-kawan di Forum Resipi Diana yang telah mencubanya dan berjaya menghasilkan Swiss Roll Tembam ini. Kombinasi swiss roll dan buttercream, kegebuan, kelembutan dan buttercream yang ala ice-cream memang digemari keluarga D. Walaupun my first attempt buat Swiss Roll yang bersalin kulit tidak menarik tapi dari segi rasa memang kelassss... cubalah


Created on : 04-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA




Bahan-bahan ( 8 roll )

  • Untuk Swiss Roll Tembam
  • 20 biji kuning telur (sejuk)
  • 12 biji putih telur (sejuk)
  • 375 gram gula halus
  • 2 sudu teh double acting baking powder
  • 40 gram ovalette
  • 50 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 200 gram tepung gandum/ tepung hong kong/ top flour
  • 120 gram tepung jagung
  • 200 gram mentega, dicairkan (hangat)
  • Untuk Fluffy Buttercream
  • 500 gram krimwell
  • 250 – 300 gram gula aising
  • 250 gram majerin/ mentega
  • 10 – 12 ketulan air batu (ice cubes)

Cara-cara

  1. Swissroll2
    Cara membuat Swiss Roll Tembam
  2. Swissroll3
    Masukkan semua bahan kedalam mangkuk mixer kecuali mentega. Pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan pekat seperti digambar.
  3. Swissroll4
    Kemudian masukkan mentega cair dan pada kelajuan perlahan pukul sehingga adunan sebati.
  4. Swissroll5
    Ini adunan yang telah digaul sebati dengan mentega cair.
  5. Swissroll8
    Gunakan daya kreativiti anda untuk mencorakkan design pada Swiss Roll. Apa yang D gunakan. - Tuala yang bersih, spray sikit dengan air jangan terlalu basah nanti Swiss Roll melekat - mangkuk secukupnya untuk you all warnakan adunan Swiss Roll
  6. Swissroll10
    D menggunakan loyang berukuran 10 x 10 x 1 inci. Alaskan kertas kuih pada dasar loyang dan isikan adunan setengah ketinggian loyang. Tidak payah anda sapukan mentega pada loyang ataupun kertas kuih. Kertas kuih yang telah digunakan boleh diterbalikkan untuk digunakan pada bahagian bawah untuk membakar Swiss Roll yang baru.
  7. Swissroll12
    Bakar menggunakan ‘api atas bawah’ selama 180’C selama 8 minit atau sehingga permukaan swiss roll bertukar warna kekuningan coklat.
  8. Swissroll6
    DESIGN YANG D CUBA BUAT
  9. Swissroll7
    Design memang D hentam sahaja, ada macam Cik Abang D cakap macam belang harimau pun ada. D hanya gunakan hujung sudu dan lorekkan bentuk “U” turun naik dan ada juga D bentukkan seperti ‘comma’, you all boleh ler juga buat ala macam marble ke apa-apa yang suka. Nak tabur chocolate rice pun boleh, macam-macam boleh buat.
  10. Swissroll9
    Lagi satu design D gunakan lorek 'comma'
  11. Cara membuat Fluffy Buttercream
  12. Pukul krimwell, gula dan majerin/ mentega sehingga ia sebati.
  13. Masukkan satu persatu ketulan air batu. Nanti akan bunyi keletang kelenting dalam mangkuk mixer, tak apa jangan risau memang macam gitu.
  14. Swissroll1
    Ketulan air batu inilah yang akan membuat buttercream ini fluffy (gebu).
  15. Nota: Buttercream ini boleh anda sediakan terlebih dahulu, simpan dalam Tupperware letak kat dalam peti sejuk. Boleh juga gunakan Nutella ataupun Coklat Ganache. Anda juga boleh pelbagaikan rasanya seperti: - Blueberi Buttercream – letak sikit blueberry filling dalam buttercream Strawberry Buttercream – letak sikit strawberry filling dalam buttercream Chocolate Buttercream – letak sikit chocolate emulco dalam buttercream

Tag

kek









Laporan Masakan Bergambar (1)

Kek_gulung_pertama
04-10-2007
nie lah kek roll yg sayang dah cuba kelmarin...memang sedap sanagt n now tgh hot semperna aidilfitri nie....
Laporan oleh: sayang79

Komen (5)

17-08-2008, barneybarnot komen :

hello,nak cuba buat tapi terlebih dulu nak tahu jugak,krimwell tu sama dgn whipped cream ke?


17-08-2008, barneybarnot komen :

sebenarnya,saya minat sangat buat kuih especially kek gulung tapi bnyk resipi yg dicuba tu ada yg terkeraslah,ada pulak yg hancur bila gulung,indah khabar dari rupa tapi saya percaya resipi awak ni mesti berjaya punya.wish me luck!!


14-10-2010, cikmar komen :

barney,krimwell tu mcm marjerin tp warna putih...byk jugak guna telur ek utk resepi ni


13-01-2013, otaibaker komen :

ada petua tak untuk mggulung swiss roll nih..?


13-01-2013, otaibaker komen :

tuala tu untuk ape..? x fhm....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd