oleh: DianaA Cheese Fruitcake Bebop

Cheesefruitcakebebop2

Resipi dari Saudari Bebop. Kek Buah yang dibakar sesuai untuk hidangan pada musim perayaan.


Created on : 04-10-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 loaf tin )

  • 170 gram buah-buahan campuran
  • 2 sudu besar jus oren
  • Bahan diatas ini digaul rata dan diperap selama 2 jam
  • ----------------------------
  • 70 gram mentega
  • 70 gram krim keju
  • 70 gram gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil pes lemon
  • 80 gram tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Pukul mentega, krim keju dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pes lemon dan pukul sebentar.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder berselang seli dengan campuran buah yang telah diperap dan gaul sebati.
  4. Cheesefruitcakebebop3
    Tuangkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 170’C – 180’C sehingga masak.
  5. Cheesefruitcakebebop1
    Campuran buah-buahan yang telah diperap.
  6. Nota: Kalau mahu anda boleh taburkan kepingan badam diatas adunan kek sebelum dibakar. Sewaktu D mencubanya, selepas D sediakan adunan tepung D masukkan campuran buah-buahan akhir sekali dan gaul sikit bila dah sebati D pun tuang adunan dalam loyang. Beginilah rupa campuran buah-buahan yang telah D perapkan bersama jus oren, meriah warnanya.

Tag

kek