Google+

oleh: Mat Gebu Biskut Kelapa Delima

Step_by_step_544

Harum, lemak dan ringan bila dimakan....


Created on : 28-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( 120-130 keping )

  • 225 g tepung jagung "Brown & Polson" (cap kupu2)*
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 125 g gula aising
  • 75 g kelapa kering, dikisar halus
  • 25 g serbuk badam
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 155 g mentega
  • UNTUK HIASAN:-
  • Ceri merah, didadu kecil
  • Kelapa kering
  • Kuning telur, untuk sapuan

Cara-cara

  1. Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti.
  3. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susuh dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.









Laporan Masakan Bergambar (14)

Img_7489
01-10-2007
heheh.... ni ler kuih raya pertama akak cek Mat oii.. panas2 lagi nih :D TQVM
Laporan oleh: Ringo

Sama2 kasihhh kak hani...tak teringat kampung kaa?, Jahatnyaa aku tanya cam tu kat kak hani...ampoonn!!!

Pa050222
06-10-2007
Buat 3 adunan semalam. Nak anta kat mak dan ibu mertuaku. Sedaaaap......
Laporan oleh: tuntung15
Dscf7400
10-10-2007
sedap! bole lawan biskut u tak mat gebu.. hehehe
Laporan oleh: minami133
Pa100094
11-10-2007
cik mat, tima kasih dn selmt hari raya
Laporan oleh: waheedeana
Imgp2358
21-10-2007
Takde delima lah... almond ganti dgn kacang tanah. Sedap gak... thanks!
Laporan oleh: skyblue
08102008165
09-10-2008
Salam Cik Mat, memang sedap & wangi.. x sempat beli ceri as letak kismis je tu yg kureng seri..anyway tq..
Laporan oleh: as75
Dsc00094
10-09-2009
Sdp & rangup..nak wat pun senang.
Laporan oleh: zira garcia
Kelapa2
13-09-2009
selamet dino bodo mattt! njaluk ngaporo seng akeh2! muahahaha....
Laporan oleh: hana6877
Biskut_kelapa_delima
14-09-2009
salam en. mat..kita nk juga antar laporan...kita buat semalam...nasib baik ank2 x sekolah .leh lah tolong buat...kita ulikan je , diorg yg terap, hias dan bakar...kita just dok sebelah jagakan oven...mmg senang that why kita lepaskan kat ank2 tuk buat...nyaris si kecil tu terbuka pose...coz bau biskut ni wangi....ank2 suruh buat lagi tuk ole2 balik kpg...tq en mat...
Laporan oleh: mas9540
Bis
15-09-2009
lemakĀ² manis...ranggup. Memang best. Tq CMG.
Laporan oleh: kak ann
Dsc01022
28-09-2009
Selamat ari raya semua...wat biskut ni utk raya...sedap!thanks cik mat 4 the recipe.
Laporan oleh: rinsca
Kelapa
05-09-2010
sedap weh biskut nih..makasih Cik Mat...
Laporan oleh: naa_q
090520112247
18-05-2011
speechless!!! memang sedap bagi penggemar kelapak!! haha saya dapat 140 bijik adunan ni :)
Laporan oleh: MamaDot
1004416_484551414953063_615362341_n
04-07-2013
dah byk kali buat baru nak upload kat sini, pape pun mmg sedap cookies nie
Laporan oleh: nananina

Komen (16)

28-09-2007, joayee komen :

ayooo..kuih raya sudah kluar..tak leh jadi ni ..next week nak kene start la ni


28-09-2007, Lilydvalley komen :

mat...nampak sedap aje biskut ni...aisey..kena tambah list kuih raya nak kena buat ni...ko ni kan mat!


28-09-2007, mama comel komen :

kat senarai ramuan ada tepung gandum & tepung jagung. so....utk cara2 membuat no. 1 & no. 2 ada dinyatakan tepung.....yang mana satu didahulukan yekkkk?


28-09-2007, yummiez komen :

mama comel, ni sy tlg jawabkan ek.. kat senarai bahan2 tu tulis tepung jagung, tepung gandum dan baking powder disatukan dan diayak.. so yg dimaksudkan 'tepung' kat bhg cara2 tu ialah campuran tepung yg dah diayak tadi..


29-09-2007, Lilydvalley komen :

hehehe...mat...ni biskut delima batu ke delima merkah?


29-09-2007, Mat Gebu komen :

haha...ntah leer kak lily, delima merekah kot, sebab lepas masak dia merekah!!!!..


02-10-2007, ApEk`D komen :

nie pun semalam apek buat ... citarasa cik mat .... memang klasss... le...... cepat lah cik mat tempek kuih lagi tak sabo nie...


17-09-2008, Diann komen :

akak baru salin resepi, che mat, rasa nya mesti nnt gebu cam che mat, nnt akak dah buat , akak tempek pic ek, tq che mat


27-09-2008, anie02 komen :

Hmm...puas cari resepi bikut kelapa ni...baru dpt...terima kasih mat gebu...esok nak buat...


11-11-2008, fairuz_zan komen :

raya puasa baru ni saya buat biskut ni..memang best. Adunan pun perfect! Tks Mat..


13-07-2009, dahliadahlan komen :

..Walaupon akak tak seberapanya suka akan beskot kelapa..oleh kerana resepi ini daripada En Mat Gebu...4 sure gebu2 jadinya..akak akan cuba buat. ..Harap2 menjadi..tahu ajalah... tangan..Ehek.


13-07-2009, rahanisya komen :

mat gebu sy nk tanye..kt langkah no 2 tu masa msuk kan tepung tu pakai tangan ke atau mixer ek...


11-09-2009, itazul komen :

Salam Cik Mat, saya dah buat untuk raya biskut ni. Saya naikkan suhu kepada 180C, sebab suka tengok dia perang2 sikit. Memang sedap, lemak gitu. Baupun sedap, sampai keluar rumah. T kasih ya Cik Mat untuk resepi ni.


01-09-2010, fita komen :

Mat saya dah try wat biskut ni utk raye memang waaalah prefect adunan n rasa.Thanks ya mat...


23-09-2010, NorOrchid komen :

salam...selamat hari raya.Saya dah buat mlm tadi biskut ni...sedap...tq Mat....


22-02-2011, mak ngah ita komen :

saya dah baca,resipi tentu sedap dan saya nak mencubanya,kerana kosnya tidak mahal dan ia kuih yg saya suka.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd