oleh: mutiarazura Sticky Caramel Chicken Wings

Sticky_wings_012

Simple & Sedap! Digemari anak-anak.


Created on : 16-09-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 24 keping )

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Sticky_wings_006
    Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!




Laporan Masakan Bergambar (19)

Picture_3
17-09-2007
Emm... dah cuba... Memang sedap tapi saya tambah sikit chili powder... sedap.... Thanks..
Laporan oleh: umah

Welcome! Mesti lagi umpph bila taruk cili flakes kan? :-)

Puasa_029
17-09-2007
Tie masak utk buka puasa semalam, tapi tie ganti madu dgn gula jer, coz smalam ada tembikai, tapi still best..memag sedap ratah ler...
Laporan oleh: tie2103

takpe tie, janji sodap!

Ayam
17-09-2007
Zura dah try petang tadi... masak untuk berbuka... alhamdulillah, menjadi! family pun suka... tq for the recipe!
Laporan oleh: zura5777

Tq kerana mencuba zura! :-)

Ayam
18-09-2007
hitam,berkilat dan menawan.. tp x guna kepak.. main hentam guna parts ayam yg ada.. mungkin kepak lagi sedapkan..
Laporan oleh: yani

guna parts yang ada kulit cam wings mmg sedap, coz sos b'salut. Tp I pun penah gak wat cam u ni hehe...

Ayam
23-09-2007
giha da buat 2 3 hari lepas..baru skang ni dpt post pic. memang best.. tapi terlalu manis..giha tambah cili skit.. hehe.. sapa yg tak cuba lg..cuba la..gerenti sedap!!
Laporan oleh: giha_gaha

wah...cantik siap garnish ngan timun n salad lagi :-)

P9291067
01-10-2007
dah cuba.. sedap, along pun suka. thanks...
Laporan oleh: mama_myvi

tenkyu kerana mencuba :-)

Sd530633
03-11-2007
Senang sangat dan sedap...Ada rasa cam teriyaki chicken pun ye..tapi ni yummy lagi...TQ...
Laporan oleh: coveredgirl
08122007200
10-12-2007
ini buat kali ke 2,baru dapat tgkp gmbr,gmbr kabur skit coz baru pas masak trus tngkp gambr,asap masih berkepul2,sedap tol la resepi ni,tq.
Laporan oleh: Allisya
P11204692
17-01-2008
tq zura..memang sedap hingga menjilat jari..
Laporan oleh: zaliana
Chicken_wing
05-02-2008
sedap sesangat :) tq
Laporan oleh: tulip77
Caramel_chicken_wing
11-02-2008
Buat lunch semalam. Sedap, TQ.
Laporan oleh: hazila
Img_2050
13-02-2008
buat lunch td.suap kakak&adik,diorg nk lg t'pksa ckp nasi dh hbs.mmg kene dgn selera anak2.
Laporan oleh: hunny
Ayam_madu1
16-02-2008
Sedap tapi anak tak suka madu , terpaksa emak yg habiskan .
Laporan oleh: daunpandan
Dsc02527
18-03-2008
ni last week punya lauk ..sungguh sedap sehingga menjilat jari... tks :~)... ratah pun sodap...
Laporan oleh: yatiezaini
Gambar_baru_194
25-03-2008
Very easy recipe. Dah buat 2 kali. I guna chicken pieces aje instead of chicken wings. Anak2 suke kan sosnya...sedap.
Laporan oleh: zurin
Ayam_caramel
07-05-2008
Sedapnya..... disebbkan saya ni pedas maniac so saya tambah lada hitam........
Laporan oleh: che'iza
Img_0142
20-05-2008
At last b'jaya cuba. kte masa ayam 1/2 masak saja, agak dalam karemel hampir nak pekat. Perap 2 jam pastu pass kat hubby & dotter BBQ atas bara. Sedap.. kejap jer 3/4 ayam dah licin. TQ Zura
Laporan oleh: S_Norul

wah, dap gak tu bakar atas bara!

Photo-0044
26-05-2008
dh wat byk kali..tp br nk upload gambo...tq..tq..tq 4 recipe!
Laporan oleh: hana6877
Sticky_caramel_chic_wing
15-06-2008
wat lagi utk potluck ;)
Laporan oleh: tulip77

Komen (21)

16-09-2007, Ekieyna komen :

Wah sedap nyer kak zura:P nak skit...huhu..


16-09-2007, ishikawa_ayumi komen :

wah2.. k.zura.. pagi2 dh letak resepi ye kak.. :)


16-09-2007, maya_zakry komen :

WOWW.. this is a "must try"! dah la i mmg tgh carik resipi nih... jap jap nak tanye, kenape gambar menggoreng tu tak same ngan yg dah siap... ade letak apepe lagi ke selepas menggorerng?


16-09-2007, zaimima komen :

nak try buat lah...mnpk sedap, senang. nak tanya, kicap apa pakai?


16-09-2007, mutiarazura komen :

Huhu..inilah jadinya bila lepas sahur takleh tido balik, takpe... sharing is caring :-D Maya, gambar masa goreng tu immediately lepas masuk sos etc, ayam nampak pucat coz belum bersalut. Lepas tu terus tutup n kacau sekali-sekali, akhirnya jadilah sticky n yummy cam gambar dah siap tu. Zamima, I pakai kicap manis kipas udang je... Recipe ni senang sbb xyah perap, gula n garam xyah masuk coz sos ikan dah masin, madu dah manis...


16-09-2007, giha_gaha komen :

waaa..nampak mcm sedap je..kompom sedap nih.. nanti nk buat laa..nanti giha nk masak nasik ayam..tapi ayam dia buat cara kak zura nih.. mesti terangkat nyer..thanks for the recipe..


17-09-2007, mutiarazura komen :

cuba..jangan tak cuba.. :-) Nanti leh tempek gambar ya?


17-09-2007, maya_zakry komen :

alaa... i tak upload gambar lg... bz laa...


27-09-2007, uruchan komen :

kalo x de sos ikan nk wat camane??


29-10-2007, sinar35 komen :

dah cuba. memang sedap.anak-anak pun suka.tq


09-11-2007, Allisya komen :

baru cuba semalam,sedap tol la,1 famili suka,nak amik gamba pun sampai terlupa,tq atas resepi yg best ni :)


09-11-2007, mutiarazura komen :

welkam! I pun baru je buat utk tetamu raya mingu lepas :-)


09-11-2007, alyafariha komen :

sedap!


13-11-2007, dalinnasue komen :

Ahad lepas ade buat sticky ayam nie.. mmg best.. tp lupa la plak nak amik gambar padahal ari tu tgk tu ayam posing skit punyer mengancam/cantikk lagi... hehehe lain kali ler snap gambar yer!..


16-11-2007, raihan komen :

Sorry nak tanya... sos ikan boleh beli kat mana?... Saya tak pernah guna.


16-11-2007, mutiarazura komen :

raihan, sos ikan ada dijual di hampir semua pasaraya. i beli kt carrefour atau jusco, kat tempat jual kicap, sos cili etc, cari Fish Sauce, macam-macam brand ada


27-02-2008, dums7 komen :

hmm.. i nk try gune gula hangus ganti madu.. ok what..


30-05-2008, hana6877 komen :

zura...why report bergambo i tak kuar pun? waduhh...ponat la i dressing my wing tuh...tlg chek admin...tq


25-06-2008, afika8 komen :

dah try semalam tp terlebih goreng lak, madu jd pahit so kena la habiskan sorang2


26-06-2008, phaywah komen :

Kak mutiarazaura kalau tak ada sos ikan boleh ganti dengan sos yang lain tak?? TQ Kak for the receipi.


27-06-2008, asmazul komen :

Dah cuba resipi nih, tapi agak manis, anyaway nanti boleh cuba lagi and kurangkan madu tu.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu